RAMAI pasangan suami isteri mula cakna tentang perancangan keluarga bagi mengelakkan masalah selain menjamin kesihatan mental mereka.Tidak hanya itu, perancangan kehamilan penting terhadap kesihatan serta fizikal wanita terutamanya yang berdepan risiko komplikasi ketika bersalin. Disebabkan itu ramai memilih kaedah implanon iaitu sejenis alat kontraseptif kecil dan fleksibel yang diletakkan di bawah kulit lengan.Ia sangat berkesan mencegah kehamilan iaitu sebanyak 99 peratus dan memberikan perlindungan jangka panjang iaitu sehingga tiga tahun.Implanon berfungsi mencegah kehamilan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun. -Gambar hiasan AINamun seorang doktor berkongsi kisah seorang wanita yang memilih untuk membuang implanon sebagai syarat penceraian.Cerita doktor berkenaan, wanita itu terpaksa berbuat demikian atas arahan suami yang mahu dia hamil sebelum mereka berpisah."Nak cerai boleh tapi buang implan dulu. Mati-mati saya ingatkan saya salah dengar, isteri ini datang jumpa saya minta keluarkan contraceptive implant.Perancangan keluarga penting untuk menjaga kesejahteraan, kesihatan mental dan hubungan suami isteri.Jarak kehamilan penting bagi memastikan kesihatan fizikal ibu serta mengurangkan risiko komplikasi ketika bersalin.Seorang doktor berkongsi pengalaman menerima pesakit yang mahu membuang implanon atas arahan suami ketika mereka sedang dalam proses perceraian.Suami dikatakan berharap isterinya hamil semula supaya perceraian mereka dapat dielakkan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bila saya tanya kenapa, saya sebenarnya tak nak keluarkan doktor, suami saya yang suruh."Rupanya mereka sedang dalam proses penceraian tapi suami mahu dia keluarkan implan supaya dia boleh hamil sekali lagi," katanya menerusi perkongsian di Threads.Dalam pada itu, doktor berkenaan menjelaskan kehamilan bukan alat penyelamat rumah tangga atau cara memanipulasi pasangan dengan ugutan penceraian dan sebagainya.ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal buang implan cegah hamil gara-gara dua bulan haid tak henti, sedia timang anak kelimaARTIKEL BERKAITAN: Isteri Tajul pasang implan cegah hamil selepas sebulan timang anak kedua, tangguh dulu anak ketiga demi kewangan keluargaJelasnya, keputusan untuk hamil perlu ditentukan sama rata oleh suami isteri dengan keutamaan wajar diberikan kepada golongan wanita ekoran risiko kesihatan yang ditanggung."Harapannya? Kalau hamil mungkin penceraian tak jadi. Saya terus minta bercakap dengan isteri seorang diri sebab kehamilan bukan alat untuk menyelamatkan perkahwinan."Kalau seseorang menggunakan tekanan, ancaman atau manipulasi untuk mengawal sama ada pasangannya perlu hamil dipanggil reproductive coercion."Kerana akhirnya, implan itu berada dalam tubuh dia dan kebenaran itu mesti datang daripada diri sendiri bukan orang lain, termasuk suaminya," tambahnya.