Sebilangan syarikat menganjurkan aktiviti gabungan pekerja lelaki dan wanita untuk memupuk semangat berpasukan. -Gambar hiasan AI
AKTIVITI di luar pejabat biasanya dianjurkan oleh pihak syarikat bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan dan mewujudkan semangat berpasukan.Namun, seorang lelaki mempersoalkan konsep bonding yang diamalkan di sesetengah tempat kerja selepas isterinya diajak menyertai aktiviti yang disifatkan bertentang dengan ajaran agama. Menurut lelaki berkenaan, isterinya sebelum ini pernah diajak menyertai aktiviti water rafting (arung jeram), namun dia tidak membenarkan wanita itu pergi.Ada pekerja yang suka menjadikan rakan sekerja lain bahan gurauan lucah. -Gambar hiasan AI"Mereka boleh rasa pelik kenapa isteri aku tak pergi. Siap bising-bising cakap aktiviti selepas itu wajib ikut sebab semua dah setuju dengan tarikhnya."Kemudian baru-baru ini, rakan sekerja isteri ajak sewa satu vila, perempuan duduk satu aras dan lelaki satu aras dalam rumah yang sama."Sama juga, aku tetap tak izinkan dia pergi. Lepas itu rakan sekerja dia pelik... aku pula yang pelik kenapa mereka nak pelik," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah sindir staf tiada ‘career growth’ sebab balik tepat 5.30 petang... Bos akhirnya terduduk lepas HR kongsi berita dukaARTIKEL BERKAITAN: Gambar punggung disebar sesama rakan sekerja... Tak tahan jadi mangsa gangguan seksual, wanita buat keputusan berhenti serta-merta!Menurutnya, aktiviti sedemikian tidak sepatutnya dinormalisasikan hanya atas alasan mengeratkan hubungan antara rakan sekerja.“Biasakan sangat benda-benda bodoh ini atas alasan bonding. Asas bonding pun dah tak berkat,” katanya.Malah, dia berpandangan sekiranya rancangan asal untuk menyewa sebuah villa untuk pekerja lelaki dan wanita itu diteruskan, ia boleh menimbulkan isu daripada sudut hukum syarak.“Dah cukup besar untuk pihak berkuasa agama tangkap mereka atas tuduhan khalwat kalau teruskan juga rancangan asal nak sewa satu villa.“Mujur mereka 'makan saman' dan tak teruskan rancangan asal. Mujur juga isteri jenis tak takut untuk lawan arus,” katanya.Lelaki persoal aktiviti ‘bonding’ syarikat yang disifatkan tidak menjaga batas agama.Isterinya sebelum ini diajak menyertai aktiviti ‘water rafting’ tetapi tidak dibenarkan pergi.Rakan sekerja turut merancang menyewa sebuah villa untuk lelaki dan wanita.Lelaki itu mencadangkan aktiviti ‘bonding’ yang lebih patuh syariah seperti BBQ.Netizen turut mempersoalkan keperluan mengadakan program bermalam bersama rakan sekerja.Ringkasan ini dijana oleh AITambah lelaki itu, selepas isterinya memaklumkan bahawa dia tidak dapat menyertai aktiviti tersebut kerana faktor agama, rakan sekerja akhirnya bersedia menukar kepada aktiviti lain.“Apabila isteri aku beritahu tak boleh pergi sebab memang agama tak bagi, reti pula mereka nak tukar aktiviti lain.“Sejak awal boleh cari aktiviti bonding yang patuh syariah. Tapi nak juga cadangkan benda yang tak patut," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui banyak syarikat yang mengambil mudah dengan mencampurkan pekerja lelaki dan perempuan untuk aktiviti luar pejabat."Idea syarikat macam ni saya pun tak berapa gemar. Pernah pergi sekali je itu pun waktu bujang. Dia punya tak jaga batasan tu, memang semua buat macam normal je tak berdosa. "Bonding secara profesional cukup. Tak perlu pun nak kena program bermalam. Nak kenal luar dalam ke tu?," soal warga maya.