Sikap gatal segelintir lelaki boleh menimbulkan suasana kurang menyenangkan di tempat kerja. -Gambar hiasan AI 1 / 2 2 / 2
, BEKERJA dalam persekitaran yang didominasi golongan lelaki sudah pasti menjadi cabaran besar buat kaum Hawa.Situasi itulah yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerjanya. “Saya nak cerita betapa menjijikkan mulut lelaki apabila mereka bercakap tentang tubuh dan rupa paras wanita. Di tempat kerja, hanya saya seorang pekerja perempuan.Tempat kerja sepatutnya menjadi zon selamat untuk semua orang, terutamanya kaum Hawa. -Gambar hiasan AI“Yang lain adalah sembilan orang pekerja lelaki. Masa dua bulan pertama bekerja. Saya dapat tahu salah seorang rakan sekerja ambil gambar punggung saya dari posisi bawah.“Kemudian dia hantar gambar itu kepada seorang lagi pekerja. Walaupun kejadian ini dah tiga tahun, saya masih sakit hati dan tak maafkan mereka,” ujarnya.Menurut wanita itu, dia juga hairan bagaimana dirinya boleh menjadi sasaran sedangkan seragam yang dipakai olehnya pada waktu itu tidaklah terlalu ketat atau seksi.Wanita dakwa pernah jadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki di tempat kerjanya.Dia kesal apabila bahagian tubuhnya menjadi sasaran pekerja lelaki yang gatal.Dia juga kecewa apabila gambar punggungnya disebarkan sesama rakan sekerja.Dia akhirnya membuat keputusan untuk berhenti daripada syarikat berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AISelain kata-kata lucah, dia mendawa lelaki di tempat kerjanya juga sering menghina rupa paras wanita walaupun ada dalam kalangan mereka sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata.“Mereka pernah bercakap lucah tentang badan saya, depan saya sendiri dan gelak ramai-ramai. Masa tu terus saya jerit dan tegur sampai mereka terdiam. Esoknya ada yang minta maaf.“Esoknya saya terus letak jawatan. Itulah bulan terakhir saya bekerja. Terlalu banyak berlaku, tak mampu nak cerita. Saya tak boleh dedahkan syarikat mana, tapi ia berada di Johor,” dakwanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN:Ditegur punggung besar, wanita terkejut budak sekolah rendah buat gangguan seksual... Riadah pakai baju muslimah pun tak selamat!ARTIKEL BERKAITAN:Remaja perempuan terima gangguan seksual di sekolah, keluarga terkilan respons acuh tak acuh guru - “Biasalah budak-budak tengah membesar”Di ruangan komen, ramai kaum Hawa meluahkan rasa geram membaca perkongsian berkenaan.Malah, pelayar Threads turut tampil berkongsi kisah masing-masing serta saling mengingatkan golongan wanita agar berani mempertahankan diri di tempat kerja.“Ini betul. Ia memang selalu berlaku sebab mereka ada geng untuk ‘melucah’ sama-sama.“Negatif sangat tempat kerja awak tu. Mujurlah awak dah berhenti,” tulis netizen.