suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah macam tongkang pecah, tandas bau hancing! Isteri mula faham punca suami tak gemar keluarga datang bertandang

Rumah bersepah bukan sekadar mengganggu pandangan, tetapi boleh beri tekanan kepada penghuni. -Gambar hiasan AI

MASIH ada segelintir yang terlupa tentang menjaga adab ketika bertandang ke rumah orang lain.

Hakikatnya, adab yang baik bukan sahaja mencerminkan keperibadian diri tetapi memastikan suasana ziarah kekal harmoni dan menyenangkan.

Itulah yang mula difahami seorang wanita selepas suaminya meluahkan sebab dia kurang gemar apabila keluarga dan adik-beradiknya datang bermalam di rumah mereka.

Menurut wanita itu, dia sendiri sebenarnya berasa malu dengan sikap ahli keluarganya yang kurang mengambil berat soal kebersihan atau menjaga harta benda orang lain.

Rumah yang ditinggalkan bersepah boleh menambah beban untuk mengemas. -Gambar hiasan AI

"Mereka kurang common sense, jenis kasar, tak jaga harta barang orang sangat. Setiap kali datang rumah mesti ada benda rosak.

"Cermin tandas pecah, jenis tutup pintu sampai nak pecah. Sofa patah. Mereka pun tak ringan tangan nak menolong," katanya.

Lebih membuatkan suaminya kurang senang apabila keadaan tandas dan kawasan dapur turut ditinggalkan dalam keadaan kurang bersih dan berbau hancing.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua salahkan menantu rumah bersepah, wanita pertahan kakak ipar dituduh pemalas... Sentuh bab cucu terus ‘naik hantu!’

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami enggan serumah dengan mentua, anak tunggal dilema tinggal ibu keseorangan... Bimbang jatuh hukum derhaka

Wanita itu mengakui dia kini dapat memahami mengapa suaminya sering menunjukkan reaksi kurang senang setiap kali diberitahu keluarganya mahu datang ke rumah.

Malah, dia mengakui terdapat perbezaan ketara antara keluarganya dengan keluarga mentua dari segi adab ketika berkunjung ke rumah orang.

"Keluarga mentua saya mereka sangat lemah lembut dan sopan santun jenis tak kasar. Mereka pun ringan tulang bila nampak saya sibuk memasak.

  • Suami mula luahkan sebab tak suka keluarga isteri datang.
  • Barang rumah rosak setiap kali keluarga berkunjung.
  • Keluarga didakwa kurang menjaga kebersihan rumah.
  • Wanita malu sikap ahli keluarganya berbeza dengan mentua.
  • Netizen faham perasaan suami wanita berkenaan.

"Suami memang tak cakap apa-apa. Dia tak nak beritahu sebab nak jaga hati saya," jelasnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen, menyifatkan perasaan suaminya sebagai sesuatu boleh difahami selepas melihat keadaan rumah berulang kali mengalami kerosakan.

"Famili awak tu orang ke apa, sampai jahanam harta orang. Saya ada adik sorang jenis tak ada common sense. Memang saya tak bagi dia datang rumah lagi.

"Maaf sis. Pada saya betul je apa suami rasa. Nak betulkan segala kerosakan tu bukan sikit kosnya. Lagi-lagi tandas. Lepas ini awak je la kerap ke rumah mak awak," komen beberapa netizen.

Artikel Lain