suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bakal suami enggan serumah dengan mentua, anak tunggal dilema tinggal ibu keseorangan... Bimbang jatuh hukum derhaka

Normal bagi sesetengah individu untuk berasa sedih apabila perlu berjauhan dengan keluarga kerana bakal mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

MENJADI impian setiap anak pasti mahu membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini.

Namun hasrat itu tidak semudah disangka apabila ada kalanya seseorang terpaksa berdepan pelbagai situasi di luar dugaan sehingga sukar membuat keputusan.

Begitu juga dengan wanita ini yang berada dalam keadaan serba salah apabila tersepit di antara memenuhi hasrat ibu atau bakal suami.

Menurut wanita ini, dia merupakan anak tunggal yang hanya tinggal berdua dengan ibunya sejak sekian lama.

Pasangan suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi untuk mengelakkan konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Saya dan bakal suami insya-Allah bakal berkahwin tahun depan. Alhamdulillah bab lain tidak ada masalah, cuma satu sahaja setakat ini, bakal suami ajak saya duduk rumah lain.

"Maksudnya tak nak stay sekali dengan mak saya," katanya.

Ceritanya lagi, perkara itu membuatkan dia buntu kerana memahami keadaan ibunya yang tinggal sendirian jika dia berpindah selepas berkahwin.

Apa membuatkan dia dalam dilema, ibunya pernah berpesan agar dia terus tinggal bersamanya walaupun sudah berumah tangga kerana tidak mahu hidup keseorangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sanggup serumah dengan mentua... Suami pilih cerai, bertegas mahu jaga bapa sudah tua - “Adakah saya pentingkan diri?”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘pelarian’ sejak ibu mentua datang menumpang, suami pula suka-suka biar abang penagih masuk rumah

"Mak saya itu nak kata tua sangat, tidaklah. Masih dalam lingkungan 50-an tapi itulah, saya tersepit di antara ibu dan bakal suami.

"Ibu saya ada pesan, kalau boleh lepas kahwin, ibu nak duduk sekali satu rumah. Tak bawa dia duduk sekali boleh jadi anak derhaka sebab ibu tidak ada kawan," ujarnya.

Dalam masa sama, wanita tersebut memahami pendirian bakal suami yang mahu kehidupan rumah tangga mereka lebih privasi.

"Kadang-kadang saya pun fikir kalau duduk di tempat bakal suami, mesti tak suka juga serumah dengan mentua," katanya lagi.

  • Seorang Wanita dilema antara memenuhi hasrat ibu atau mengikut perancangan bakal suami selepas berkahwin.

  • Dia merupakan anak tunggal dan tinggal berdua bersama ibunya yang berstatus ibu tunggal.

  • Bakal suami ajak tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin dan tidak mahu menetap bersama mentua.

  • Ibunya pula mahu tinggal serumah kerana bimbang hidup bersendirian.

  • Dia mengakui tersepit antara kedua-duanya dan buntu cari penyelesaian.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata berpendapat isu berkenaan perlu dibincangkan secara terbuka sebelum pasangan tersebut melangkah ke alam perkahwinan.

Namun ramai menyarankan supaya dia mengikut kehendak bakal suami dan dalam masa sama tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak.

"Memang kesian mak tinggal seorang diri tapi dia tak boleh derhakakan kau. Bila dah kahwin, kau kena ikut suami. Solution, tanya bakal suami.

"Cari rumah sewa berdekatan. Tak pun hantar mak ke rumah pusat jagaan. Setidak-tidaknya mak ada kawan boleh buat aktiviti berfaedah," demikian antara pandangan netizen. 

Artikel Lain