suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mula-mula beri coklat, kemudian berani sentuh tangan... Cikgu jadi mangsa fitnah murid perempuan 12 tahun sebab tak melayan

Hubungan antara guru dan pelajar seharusnya kekal profesional berlandaskan hormat, disiplin dan etika pendidikan. -Gambar hiasan AI

TUGAS seorang guru bukan sekadar mendidik pelajar, malah mereka turut berdepan pelbagai cabaran yang kadang kala datang daripada situasi tidak dijangka.

Di Threads, seorang pendidik tampil berkongsi pengalaman pernah dilaluinya sebagai peringatan kepada guru-guru lain agar sentiasa berwaspada dan menjaga batas profesional ketika berurusan dengan pelajar.

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada pertanyaan seorang guru lain yang meminta pandangan mengenai cara terbaik menangani gangguan daripada pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tingkatan 3 dah pandai asmaradana! Cikgu praktikal ‘tangkap’ 2 pelajar perempuan duduk atas riba lelaki - “Aku marah, mereka gelak je”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih cikgu senior dingin, pandang rendah kerana status guru ganti - "Saya ada DPLI, pernah kerja jurutera"

Menurut guru berkenaan, dia pernah berdepan situasi kurang menyenangkan ketika berkhidmat di sebuah sekolah antarabangsa.

"Saya berkhidmat di sekolah antarabangsa, dan ada seorang murid perempuan yang suka beri saya barang, gula-gula, dan sebagainya. 

"Dia kemudian mula menyentuh tangan saya. Ketika itu usianya baru 12 tahun," katanya.

Bagaimanapun, guru tersebut memilih untuk tidak melayan tindakan murid berkenaan dan cuba mengekalkan hubungan profesional sebagai seorang pendidik.

Guru berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik termasuklah karenah pelajar. -Gambar hiasan

Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila pelajar itu didakwa membuat tuduhan serius terhadapnya selepas tidak mendapat layanan yang diharapkan.

"Apabila saya tak layan, dia beritahu penjaganya yang saya telah mengganggunya, menyentuh badannya dan sebagainya," ujar guru tersebut.

Lebih mengejutkan, dakwa guru itu, pelajar berkenaan turut menyebarkan cerita tersebut kepada warga sekolah sehingga menimbulkan salah faham yang besar.

"Dia juga beritahu satu sekolah mengenainya dan menyebarkan berita palsu tentang saya sehingga saya berdepan masalah dengan pihak pengurusan," katanya lagi.

  • Seorang guru yang berkhidmat di sebuah sekolah antarabangsa kongsi pengalaman pernah diganggu pelajar perempuan.
  • Pelajar berusia 12 tahun itu pada mulanya gemar memberinya barang seperti gula-gula dan sebagainya.
  • Pelajar tersebut kemudian berani menyentuh tangannya namun guru itu enggan melayan dan kekal profesional.
  • Akibat tidak dilayan, pelajar itu menabur fitnah hingga menyebabkan guru tersebut berdepan masalah dengan pihak sekolah.
  • Dia berkongsi pengalaman agar dapat dijadikan pengajaran buat guru yang lain.

Susulan pengalaman tersebut, guru berkenaan menasihatkan rakan-rakan pendidik supaya tidak mengambil mudah sebarang tingkah laku yang melangkaui batas daripada pelajar.

"Berhati-hati dan tolong bersikap tegas," pesannya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warga pendidik lain yang bersetuju bahawa ketegasan dan sikap profesional amat penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau tuduhan yang tidak berasas.

"Budak-budak pun pandai menipu. Ramai orang dewasa yang terlupa.

"Bukan kata cikgu... bapak sendiri pun boleh jadi mangsa rekaan anak sebab tak dapat apa yang dia nak," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain