TANPA ilmu dan maklumat tepat, seseorang itu pastinya mudah terpengaruh dengan dengan pelbagai dakyah mengarut yang boleh memudaratkan kesihatan.Menurut seorang wanita, dia turut berdepan cabaran apabila kakak ipar serta mentuanya sendiri merupakan pejuang anti vaksinasi. "Kakak ipar hasut tak payah cucuk vaksin anak aku. Dia kata dalam vaksin ada darah hijau monyet. Aku ini memang daripada keluarga yang vaksin. Segelintir individu memilih untuk tidak membenarkan anak mereka disuntik vaksin. -Gambar hiasan AI"Dia kata doktor ini jahat. Dia juga kata doktor bukannya vaksin sangat pun. Ini pengaruh mertua aku juga. Anak cucu dia ada yang tak vaksin. "Lantak dia lah. Janji anak aku vaksin. Sakit tak kacau dia."Kalau anak aku sakit pun, tak menyusahkan dia. Lantak dia nak pergi hospital atau mati di rumah" ujarnya.Wanita kongsi cerita tentang kakak ipar serta mentuanya yang anti vaksin.Wanita itu mendakwa dia turut dihasut agar tidak menyuntik vaksin anaknya.Dia bagaimanapun tetap membawa anaknya untuk diberikan suntikan vaksin.Netizen turut berkongsi cerita tentang golongan anti vaksin yang dikenali mereka.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita itu membuat perkongsian mengenai kakak ipar serta mentuanya menerusi aplikasi Threads.Di ruangan komen, beberapa lagi individu turut berkongsi kisah golongan anti vaksin yang berada dalam kalangan mereka.Pada masa sama, netizen turut menyelar golongan itu yang dilihat sanggup menggadaikan kesihatan kerana terpengaruh dengan teori tidak benar.ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kerja di Singapura tapi ada syarat, wanita anti vaksin buat tawaran di klinik - “Doktor cakap je berapa, saya bayar”ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu anak tak sihat, ibu sekolahkan rakan anti vaksin beri jawapan kurang cerdik - “Anak kau kan suntik vaksin, pergi saja mana-mana tak perlu takut”"Keluarga aku pun ada anti vaksin. Sebelum ada anak, dia kata anak orang lain autistik sebab vaksin. Anak dia lahir tak nak bagi hospital vaksin. Tapi anak dia autistik juga."Kakak ipar aku pun anti vaksin. Dia lari masuk rumah kalau kapal terbang lalu. Dia kata kapal terbang lepaskan asap beracun."Cakap kat dia, nanti anak sakit jangan pergi hospital. Rawatlah sendiri," tulis netizen.