suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunang asyik dipuji lelaki lepas post selfie, wanita mula rasa pelik... Terdetik di hati kalau bakal suami songsang

Elakkan daripada ada tanggapan buruk terhadap pasangan tanpa bukti. -Gambar hiasan AI

PUJIAN dan komen daripada golongan lelaki yang membanjiri media sosial seorang jejaka menimbulkan kegusaran dalam diri tunangnya.

Wanita berkenaan berkata, dia mula tertanya-tanya mengenai beberapa perkara selepas melihat kebanyakan tanda suka dan komen pada gambar tunangnya datang daripada kaum lelaki.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarga dan hubungan mereka terjalin menerusi perkenalan kedua-dua orang tua mereka. 

"Saya baru sahaja ditunangkan dengan lelaki atas pilihan keluarga. Saya di Pahang dan si dia dekat Perlis. Ayah tunang sayang ini kenalan lama ayah saya masa mengerat padi dulu-dulu.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2026/06/13/3954804.jpg

Setiap individu perlu tahu menjaga batas pergaulan lebih-lebih lagi setelah memiliki pasangan. -Gambar hiasan AI

"Kami berdua pernah jumpa dalam tiga kali juga untuk sesi kenal-kenal. Cuma saya perasan tunang saya ni kerap post gambar selfie dan aktiviti biasa. Ramai komen tapi semua lelaki.

"Komen tu saya sempat SS (tangkap layar) cakap wah bestnya kalau mai sini, bawa pergi jalan la. Beberapa orang lagi komen wah handsome noh," cerita wanita itu di Threads.

Menurutnya, setiap gambar yang dimuat naik tunangnya lazimnya menerima antara 100 hingga 200 tanda suka, namun majoritinya datang daripada golongan lelaki.

Pemerhatiannya terhadap perkara itu membuatkan wanita ini mula tertanya-tanya sama ada tunangnya itu homoseksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terjun lembah songsang lepas isteri kantoi berzina! Kembali buru lelaki dalam aplikasi ‘topeng’ - “Setia aku tamat kerana perempuan”

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon kedua tertinggal di rumah asbab kejahatan suami terbongkar... Rupanya berselera songsang, ‘inbox’ penuh aksi terlarang!

"Secara logiknya benda tu normal ke? Tak ada sorang pun perempuan yang komen. Yang like semua lelaki dan komen memuji dia.

"Saya sebelum ni husnuzon je tapi memandangkan saya dijodohkan dengan pilihan keluarga, saya tak kenal dia. Saya macam terdetik adakah tunang saya gay?," ujarnya.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai pandangan daripada netizen yang menasihatinya supaya mendapatkan kepastian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

"Menyamarlah jadi lelaki dan cuba goda. Tengok macam mana tapi sekiranya dia layan, tinggalkan terus.

"Tolong siasat betul-betul sis, jangan sampai sudah kahwin menyesal tak berlagu. Cuma memberi pendapat saya," tulis beberapa netizen.

  • Tunang asyik dipuji lelaki, wanita mula curiga.
  • Komen lelaki pada media sosial pasangan buat dia tak sedap hati.
  • Baru bertunang, wanita persoal orientasi seksual tunang.
  • Netizen nasihatkan wanita jangan buat kesimpulan terburu-buru.
  • Pujian sesama lelaki dianggap perkara biasa oleh sesetengah netizen.

Bagaimanapun, ada juga berpandangan bahawa orientasi seksual seseorang bukan sesuatu yang mudah dikenal pasti, terutama apabila hubungan masih berada di peringkat awal.

"Sebenarnya susah nak kesan orientasi seksual seseorang lagi-lagi baru kenal. Tapi boleh la tengok sikit contohnya, dia suka berfesyen tak? Metroseksual tapi bukan semua. Gaya dia lembut tak.

"Tuduh orang gay melulu ini tak patut juga. Ada je lelaki yang kawan-kawan dia jenis supportive. Cuba semak yang komen itu kawan ke tak. 

"Saya ada kawan lelaki, kalau post gambar memang kawan je komen handsome. Semua lelaki yang komen sebab kawan perempuan dia tak ramai," komen beberapa netizen pada hantaran asal.

Artikel Lain