suria

Telefon kedua tertinggal di rumah asbab kejahatan suami terbongkar... Rupanya berselera songsang, ‘inbox’ penuh aksi terlarang!

Isteri pasti kecewa jika tahu suaminya menjalinkan hubungan songsang. -Gambar hiasan AI

SEGELINTIR lelaki bernafsu songsang sanggup berkahwin dengan wanita semata-mata untuk menutup rahsia gelap mereka.

Di Thread, seorang wanita mendedahkan rakannya juga berdepan situasi sama dan ditipu sepanjang lapan tahun perkahwinan.

"Minggu lepas, kawan saya baru tahu suaminya gay selepas lapan tahun kahwin. Kawan saya dapat tahu selepas suaminya tertinggal fon kedua di rumah.

Segelintir lelaki gay berkahwin atas desakan keluarga. -Gambar hiasan AI

"Suaminya pergi outstation. Dalam telefon tu penuh direct message (DM) media sosial, ada video juga. Mereka rakam 'aksi' dan simpan dalam telefon.

"Kawan saya tonton semua video tu. Kesian sangat tengok dia. Mula-mula dia macam in denial, lepas tu baru dia cuba terima hakikat," kongsi wanita itu.

Lebih menyedihkan, dia berkata pasangan itu memiliki seorang anak perempuan yang baru berusia dua tahun.

  • Wanita dedah rakannya berkahwin dengan lelaki gay.
  • Rakannya itu hanya tahu kebenaran selepas lapan tahun kahwin.
  • Pasangan itu memiliki seorang anak yang berusia dua tahun.
  • Beberapa netizen dedah rakan mereka juga hadapi situasi sama.

Tambahnya, anak pasangan itu dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in vitro (IVF).

Menerusi hantaran tular itu, netizen turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku dalam perkahwinan rakan-rakan mereka.

"Saya pernah ada kawan berkahwin dengan gay. Tak sampai setahun dah cerai. Lelaki tu gunakan dia untuk tutup kegiatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terjun lembah songsang lepas isteri kantoi berzina! Kembali buru lelaki dalam aplikasi ‘topeng’ - “Setia aku tamat kerana perempuan”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami check in dengan skandal, isteri salahkan diri sendiri! Menyesal 'tayang' kebaikan, kesempurnaan di media sosial

"Saya pun ada kawan perempuan kahwin dengan gay. Suaminya bukan gay hardcore, cuma lembut-lembut nakal macam tu.

"Kawan saya pula dapat tahu tunangnya gay. Bertunang untuk tutup hubungan songsangnya.

"Saya ada kawan kahwin dengan gay. Sekarang dah cerai sebab kantoi," kongsi beberapa netizen.

Artikel Lain