PERANAN pengasuh amat penting dalam tumbesaran awal kanak-kanak selaku individu yang paling rapat, selepas ibu bapa.
Namun, tidak semua pengasuh sedar mengenai perkara ini justeru tidak hairanlah ada dalam kalangan mereka yang melakukan tugas secara sambil lewa.
Lebih teruk lagi apabila terdapat penjaga yang tergamak meminggirkan anak asuhan dari pagi sampai ke petang sehingga menjejaskan perkembangan mereka, seperti mana nasib bayi berusia sembilan bulan ini.

Menjaga anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan
Perkara itu dikongsikan oleh ibunya yang berasa kecewa dengan sikap pengasuh berkenaan yang didakwa 'pilih bulu' dalam menjaga anak-anak asuhan.
"Anak aku sembilan bulan tapi masih belum boleh duduk dan merangkak, aku kerja waktu pejabat dan hantar anak kepada pengasuh.
"Setiap kali datang ambil, anak aku mesti dalam buaian manakala anak asuhan seorang lagi main kat bawah," luahnya di Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Duit upah ‘dikaut’, pengasuh mengaku tak sabar jaga budak... Canang anak asuhan kuat meragam! ‘Babysitter’ otai beri teguran pedas
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia
Bercerita lanjut mengenai sikap pengasuh, wanita itu meluahkan rasa sedih apabila bekal buah naga yang disediakan untuk kudapan anaknya tidak diberikan seperti yang diminta.
"Aku pernah sediakan buah naga untuk anak aku makan, tapi semasa ambil... pengasuh cakap tak sempatlah bagi makan buah, hang (awak) bagi kat rumahlah.
"Tapi, aku nampak, anak asuhan seorang lagi, boleh pula makan buah. Anak asuhan tu sebaya dengan anak aku... sembilan bulan juga," luahnya terkilan.
- Wanita kecewa anak 9 bulan masih belum boleh duduk dan merangkak dipinggirkan pengasuh.
- Dakwa pengasuh hanya biar anaknya baring dalam buaian.
- Bekal buah naga tak diberi, tapi anak asuhan lain boleh pula diberi makan buah.
- Pengasuh beri alasan penat dan bandingkan dengan perkembangan bayi lain, anak kepada doktor.
- Netizen nasihat tukar pengasuh lebih prihatin.
Lebih mengejutkan apabila pengasuh berkenaan turut membandingkan anaknya dengan bayi lain yang sama umur dengannya tetapi sudah pandai berjalan.
Dia juga pernah bertanya mengapa anaknya sering dibiarkan dalam buaian, namun pengasuh terbabit memberi alasan tidak berkeupayaan mendukung bayinya kerana penat.
"Macam mana anak aku nak explore kalau asyik dalam buaian? Apabila aku tanya, kenapa asyik dalam buai, dia jawab tak laratlah nak dukung dia, penat.

Warga maya memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepadanya.
"Tapi anak asuhan seorang lagi boleh pula... mungkin sebab anak aku, anak 'admin' (kerani) tapi seorang lagi anak doktor," luahnya yang mengaitkan sikap pengasuh dengan status pekerjaan ibu bapa.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.
Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya menukar pengasuh dan mendapatkan penjaga yang lebih bertanggungjawab serta prihatin terhadap perkembangan anak-anak asuhan.
"Kalau saya tak cakap banyak, terus berhenti je. Anak keutamaan kita, tak payah jaga hati orang.
"Tukar pengasuh awak, ni 'double standard' dah dan sangat tidak normal.
"Ini adalah salah satu punca saya tukar pengasuh dulu, tiap kali ambil, anak dalam buai," demikian antara reaksi netizen.


