suria

Lelaki nafi game Roblox punca keganasan, minta ibu bapa jangan tunding jari - “Aku dari kecil main Counter Strike”

Permainan video bukan hanya digemari kanak-kanak, malah turut menjadi obsesi orang dewasa. -Gambar hiasan AI

INSIDEN keganasan melibatkan kanak-kanak dan remaja di seluruh negara sememangnya semakin membimbangkan.

Susulan itu, banyak pihak menggesa agar permainan-permainan video berunsur ganas diharamkan di Malaysia.

Di sebalik saranan itu, seorang pemuda berpendapat sebaliknya dan menasihatkan ibu bapa agar tidak cepat menuding jari atau mencari kesalahan pihak lain.

Penggunaan gajet tanpa kawalan boleh menyebabkan remaja mula mengabaikan pelajaran. -Gambar hiasan AI

"Anak buah aku elok je sampai besar main game Roblox tu. Aku pun sejak kecil sampai besar main game Counter Strike.

"Tak ada pula nak pegang pistol, tembak kepala orang. Main game Resident of Evil, God of War yang ganas-ganas pun tak terpengaruh.

"Orang kata, tak kena kat diri sendiri tak apa. Jaga anak kau, didik elok-elok. Jangan nak salahkan perkara sekeliling," tulis pemuda itu.

  • Lelaki tak setuju permainan video beri kesan buruk kepada kanak-kanak.
  • Dia dan anak saudaranya tidak terpengaruh walaupun suka main game.
  • Lelaki itu minta ibu bapa untuk pantau anak masing-masing.
  • Netizen pula berbeza pendapat di ruangan komen.

Dalam hantaran sama, dia turut memberi saranan kepada orang ramai untuk mencuba sendiri permainan Roblox sebelum membuat penilaian mengenainya.

"Anak kau 24 jam hadap telefon, mengaji pun tidak, lepas tu nak tuding jari kepada faktor lain. Korang download sendiri game tu dan main dulu sebelum nak cakap itu dan ini.

"Kalau ajar dan pantau anak bermain tu bagus, tapi kalau biarkan tanpa pengawasan, jadilah bingai macam korang," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi tak merangkak, aku kena drive” - Wanita menangis sendirian, dipaksa jadi pemandu tanpa gaji... Suami di sebelah sibuk main game!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa kena ‘jenguk’ telefon anak, risau terdedah permainan ganas tanpa sedar… Ini 5 ‘games’ patut dielakkan

Hantaran itu turut dihujani pelbagai komen daripada pelayar Thread.

"Aku dulu elok je main game GTA, Hatred dan Manhunt. Tak adanya nak buat keganasan. Bukan sebab aku matang, tapi sebab ayah aku didik bezakan maya dan realiti.

Segelintir individu sanggup menghabiskan masa seharian menghadap permainan video. -Gambar hiasan AI

"Kalau betul la game tu boleh pengaruh orang buat benda jahat, rasanya dunia dah penuh dengan penjenayah dah.

"Otak manusia ni tak sama. Orang yang otak normal, memang elok je bila main game.

"Tapi orang yang ada masalah, dia cuma perlu main satu game je untuk trigger potential kegilaan tu," tulis netizen.

Artikel Lain