NIAT berkongsi rezeki bertukar menjadi pengalaman kurang menyenangkan apabila seorang wanita mendakwa jirannya mengambil kesempatan atas kebaikan yang dilakukannya.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut menceritakan bahawa dia sering memasak lebih dan berkongsi makanan dengan jiran.
Namun, kebaikannya berkongsi rezeki itu dibalas oleh jiran dengan tindakan yang membuatkan dirinya tergamam.

Hidup berjiran memerlukan setiap orang bersikap positif. -Gambar hiasan
"Kalau masak lebih, saya selalu kongsi dengan jiran. Sekali jiran tu cakap kak, saya masak nasi gulai kuning esok untuk anak-anak. Kalau kak nak selit order boleh la. RM5 sebungkus.
"Lepas tu, dia boleh datang jumpa saya minta bantu ambil tempahan untuk barang jualan dia dekat sekolah anak saya. Tapi dia dah cakap siap-siap dengan saya, tak ada komisyen, ni lebih kepada minta tolong.
"Saya kena edar flyers (risalah). Jelaskan fasal barang tu, ambil tempahan dan bagi dekat dia. Lagi sekali saya tergamam. Otak saya tak boleh hadam," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram jiran T20 parkir di laman kosong sebelah dapur, dah tegur tapi makin menjadi-jadi - “Rumah dia ada porch besar”
Bagaimanapun, apabila menyedari dirinya diminta menjadi 'promoter', dia menolak dengan lembut dan menyarankan agar jirannya menjual sendiri di sekolah.
Lebih mengejutkan, jiran yang sama juga didakwa menghubunginya untuk meminjam wang sebanyak RM50 dengan alasan mahu mengisi minyak motosikal pada bulan berikutnya.
Wanita ini bagaimanapun enggan memberi pinjam wang yang diminta kerana menganggap jirannya tiada keperluan mendesak, namun kesal apabila dirinya pula dituduh kedekut dan bodoh.
"Tak tercapai dek akal saya nak buat dekat orang lain, macam dia buat dekat saya. Banyak mesej dia saya tak balas pun.
- Seorang wanita yang sering berkongsi rezeki kecewa apabila jiran didakwa ambil kesempatan atas kebaikannya.
- Wanita itu sering sedekah makanan, tapi jiran tergamak jual nasi RM5 sebungkus.
- Jiran juga minta bantu jual barang di sekolah tanpa komisen.
- Selain itu jiran juga minta pinjam RM50 nak isi minyak.
- Wanita itu enggan beri, tapi dituduh kedekut dan bodoh.
"Masa dia telefon nak pinjam duit tu saya tak pedulikan mesej dia jadi dia telefon saya. Masa tu saya tanya awak ada masalah ke?
"Kemudian dia jelaskan dia cuma nak isi minyak motosikal je. Saya dah cakap tak ada jadi tak bagi la pinjam duit. Orang (jiran) tak kenal aku sedap eh cakap aku ni bodoh," jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan supaya pengadu berhati-hati dan tidak terlalu mudah menghulurkan bantuan sehingga diri dipergunakan orang lain.

Antara komen netizen.
"Oh tidak... jangan nak baik sangat. Ni sudah tahap pijak kepala orang. Kudrat kita, duit minyak kita. Dia guna apa? Air liur.
"Biasanya kak, orang macam ni. Kita bagi pinjam RM10 pun belum tentu dia nak bayar balik. Alasannya RM10 pun nak berkira ke.
"Aneh-aneh jiran ni. Mungkin la bagi sikit komisyen sedap juga nak tolong. Tanya je dia semula, tolong bagi flyers dan siap-siap jelaskan ni kenalah bagi komisyen," komen beberapa netizen.


