SEORANG lelaki mendakwa rumahnya 'dihantui' bunyi burung dalam tempoh dua minggu menjelang kematian abangnya.
Dalam hantaran di Thread, dia berkata abangnya meninggal dunia pada 15 Ramadan tahun lepas.
"Dua minggu sebelum abang aku meninggal asbab kemalangan jalan raya, tak tahu datang dari mana bunyi burung.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. -Gambar hiasan
"Bunyi kat belakang rumah. Pagi, petang, siang dan malam. Tapi lepas abang aku meninggal, burung tu dah tak ada," kongsinya.
Dia turut bertanya sekiranya ada mana-mana pelayar Thread yang pernah berdepan pengalaman sama.
Di ruangan komen, beberapa individu juga mengakui pernah terdengar bunyi burung sebelum kematian ahli keluarga mereka.
- Seorang individu dihantui bunyi burung sebelum abangnya meninggal dunia.
- Arwah meninggal dunia akibat kemalangan pada Ramadan tahun lalu.
- Dia turut bertanya pelayar Thread sekiranya ada yang alami situasi sama.
- Ramai netizen kongsi mereka juga alami tanda-tanda tertentu sebelum kematian ahli keluarga.
"Sebelum adik lelaki meninggal, dengar bunyi burung bising kat rumah. Masa tu kami dah agak (berita duka) sebab adik sedang koma di hospital. Tapi kami berharap bukan, tapi betul arwah kembali kepada pencipta-Nya.
"Saya pun pernah alami hal sama. Burung gagak terbang pusing atas rumah beberapa kali dalam beberapa hari. Kemudian masa tidur dengar suara ayah panggil. Rupanya tanda dia nak meninggal.
"Pakcik saya pun sama. Burung bertenggek atas rumah, bising seminggu. Lepas tu adik dia meninggal," tulis beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN:Pandai-pandai reka dialog sedih syok sendiri untuk arwah, ramai tak selesa ada pihak ‘tunggang’ kematian demi ‘content’
ARTIKEL BERKAITAN:Menyedihkan sikap segelintir netizen! Kematian Instafamous dijadikan bahan lawak - “Dah boleh langkah ke awak?”
Menerusi hantaran sama, beberapa lagi individu turut berkongsi tanda-tanda lain berkaitan kematian yang dialami mereka.
"Saya pula mimpi abah meninggal atas riba. Esoknya dia tak sihat, masuk hospital. Lepas tiga hari dia meninggal.
"Saya selalu mimpi gigi patah sebelum arwah mak meninggal," kongsi netizen lagi.


