PELBAGAI kejadian tragis yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuklah insiden anak gajah mati dilanggar dan anggota FRU yang terkorban akibat kemalangan benar-benar menyentuh perasaan rakyat Malaysia.
Tidak kira peristiwa itu melibatkan manusia mahu pun haiwan, apa yang pasti seluruh negara berduka dengan apa sahaja kejadian tragis seumpama itu.
Walaupun peristiwa itu menyedihkan, tetapi seorang lelaki berpandangan ada pihak 'menunggang' tragedi sedih khususnya yang mengorbankan nyawa dengan cara membuat 'content'.
Kematian dicemburui sering dijadikan cerita tauladan kepada umum. -Gambar hiasan
Dia tidak bersetuju terhadap trend di media sosial apabila ada pihak menggambarkan kematian dengan cara yang terlalu sentimental.
"Aku betul-betul benci bila orang 'romantikkan' kematian, siap buat gambar AI (kecerdasan buatan) dan dialog syok sendiri.
“(Contoh) Kami pergi dulu, jangan sedih.Terima kasih mak sebab jaga adik.
"Korang ni tak sihat. Sakit jiwa," katanya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh gigih buat content rakam momen jumpa duit bertaburan di lebuh raya, pemuda beri penjelasan
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer tersilap langkah, nyaris diserang gajah naik minyak ketika buat ‘content’ di taman negara
Perkongsian itu turut disokong netizen yang beranggapan orang yang berbuat demikian tidak menghormati perasaan keluarga mangsa.
"Betul, ada perasaan aneh di situ. Rasa macam agak tidak menghormati perasaan keluarga yang sedang terkejut.
Sebahagian reaksi netizen.
"Dah lama nak cakap begini tapi risau orang label tiada perasaan simpati.
"Tapi tu la melebih-lebih pula, macam dia tahu alam sana macam mana.
"Sekarang ni, semua benda nak dibuat kandungan. Percayalah, bukannya niat untuk mengenangkan tragedi pun.
"Islam tak ajar berlebihan macam tu, siap cipta dialog yang si mati tak ucap pun. Lebih pada 'menunggang' kematian orang lain," antara komen warga maya.