KEHILANGAN pasangan sememangnya memberi kesan mendalam buat individu bergelar isteri, apatah lagi saat diri sedang hamil.
Itulah realiti pahit yang terpaksa ditelan seorang wanita apabila suami tersayang dijemput Ilahi sewaktu usia kandungannya 38 minggu.
Ketika masih dalam proses berpantang dan cuba mengumpul semangat tanpa kehadiran suami di sisi, dia dikejutkan pula dengan kata-kata menyakitkan daripada ahli keluarga sendiri.
Menjaga anak sendirian tanpa suami merupakan cabaran besar buat ibu. -Gambar hiasan
"Titik terendah dalam hidup bila mana suami kembali ke rahmatullah dan saya sarat mengandung. Hilang separuh nyawa.
"Genap seminggu arwah pergi, saya melahirkan anak nombor dua kami. Penuh drama air mata berlaku.
"Tapi paling terendah, bila salah seorang famili mengata belakang yang saya ni bebanan saja pada mak ayah saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas suami meninggal, didiagnos kanser pula! Guru 4 anak cekal buat kemoterapi sendirian, dulu ke mana saja berteman
ARTIKEL BERKAITAN: Suami meninggal dunia sebulan sebelum bayi lahir, isteri baru sedar arwah bagi ‘hint’... Yakin Allah dah susun cantik-cantik
"Sedihnya hanya Allah yang tahu. Dah la baru lepas pantang masa tu. Suami tak ada, baru nak bangkit semula," katanya mengenang detik hitam dalam hidupnya.
Namun begitu, apa yang lebih menyakitkan apabila dia menerima kata-kata sinis daripada ahli keluarga sendiri.
Wanita ini turut dituduh bersikap pilih kasih antara anak sulung dan bayi yang baru dilahirkan, seolah-olah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.
Tak apa la orang hina janji keluarga sentiasa dengan awak.
WARGA MAYA
"Kalau tak ada simpati, biar la ada sikit empati. Lepas tu mengata lagi yang saya pilih kasih antara anak sulung dengan baby.
"Abaikan baby tidur sorang-sorang. Saya boleh maafkan tapi tak akan lupakan sampai bila-bila ayat mereka, suami isteri. Setiap kali tengok muka, teringat ayat mereka," katanya.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita ini.
Komen netizen di media sosial.
Dalam pada itu, rata-ratanya memberikan kata-kata semangat agar dia terus kuat demi anak-anak.
"Terus kuat sis demi anak-anak tersayang. Tak apa la orang hina janji keluarga sentiasa dengan awak.
"Kalau saudara jauh (mengata) abaikan je la. Anggap je langau. Kalau adik beradik mungkin mak ayah boleh nasihatkan mereka.
"Tak ada perkataan terbaik untuk awak. Fokus pada kebahagiaan, anak, kesihatan dan harta. Sakit tapi kena jalan terus," komen beberapa netizen.