SIAPA sangka di sebalik keperibadian wanita yang cantik dan berpenampilan menarik, tersembunyi 1,001 personaliti misteri.
Luaran saja nampak indah, tapi segelintir mereka sebenarnya tersangat pengotor.
Seorang wanita membuat pendedahan berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menemani anak saudara perempuannya yang mencari bilik sewa dan membuat tinjauan ke beberapa buah rumah.
Pakaian dalam seharusnya diuruskan dengan baik. -Gambar hiasan
Dakwanya mereka berdua pergi ke tiga buah rumah sewa yang dihuni penyewa wanita, dan persamaan antara ketiga-tiganya adalah keadaannya tersangat kotor.
"Ada tiga buah rumah yang aku pergi. Tiga rumah tu teramat kotor. Bukan kotor yang biasa-biasa macam kotor yang seminggu tak kemas, kita boleh terima lagi.
"Ini kotor yang tahap 'nak mampus' aku cakap. Singki hitam dan lantai melekit, keadaan tandas jangan cakaplah," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun menyewa, tak pernah jejak dapur! 'Housemate' pengotor, peti ais macam tong sampah penuh makanan berkulat
ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor kumpul sampah sejak awal Ramadan tak pernah buang, kencing pun malas ‘flush’
Menurutnya, selama ini dia hanya mendengari tentang kisah rumah atau bilik sewa yang kotor dalam kalangan penyewa lelaki dan penemuan penghuni wanita yang pengotor ternyata mengejutkan.
Biar muka tak lawa janji pembersih.
WANITA
"Macam kau tak pernah kemas seumur hidup, bukan setakat kotor, siap bau kepam. Rumah ketiga tu siap pakaian dalam bersepah kat lantai.
"Pemilik rumah ketiga tu adalah lelaki, dia macam malu kat kami. Aku rasa dia pun tak sanggup nak tengok. Rupanya ada manusia pengotor macam tu kat muka bumi ni," ujarnya.
Bukan sahaja wanita, lelaki juga boleh tertekan melihat keadaan rumah yang kotor. -Gambar hiasan
Malah sehingga ke hari ini, dia masih tidak menyangka penyewa wanita juga boleh bersikap pengotor, yang mana keadaan itu jarang-jarang berlaku.
"Serius korang, aku macam tak boleh nak 'brain' mereka punya tahap pengotor. Kalah asrama segelintir pekerja asing yang datang Malaysia ni.
"Sampah memang tak buang, bilik tak kemas, bantal dan selimut semua kepam. Aku sampai kena tutup hidung, rasa lemas bila bau," jelasnya lagi.
Namun, paling tidak disangkanya kumpulan penyewa wanita ini masih muda dan pandai menjaga penampilan masing-masing.
Tetapi di sebalik kecantikan dan personaliti menarik itu, mereka sebenarnya pengotor.
"Yang kelakarnya, ada rumah yang aku pergi tu ada budak-budak muda gen Z yang baru balik kerja. Mereka melaram weh siap pandang daring kat aku.
"Dalam hati aku rasa geli sangat. Aku selalu pesan kat anak-anak dara aku, biar muka tak lawa janji pembersih," katanya.