KEKANGAN kewangan membuatkan ada individu memilih untuk menyewa bilik, berbanding sebuah rumah.
Jika bernasib baik, dapatlah rezeki rakan serumah yang menyenangkan, peramah dan pembersih.
Andai sebaliknya, pasti kehidupan seharian jadi tak tenang sehingga ada yang berharap kontrak boleh ditamatkan lebih awal.
Situasi inilah dilalui oleh seorang wanita selepas hampir setahun menyewa di sebuah rumah bersama beberapa individu.

Sampah dibiarkan penuh dan berplastik manakala sinki berminyak.
"Hampir setahun aku sewa dekat sini, tak pernah sekali pun aku guna dapur rumah ni.
"Orang cakap, aku malas nak masak tetapi sebenarnya aku tak malas... aku geli nak guna dapur rumah ni," luahnya berkongsi cerita.
Malah dia turut mengakui tidak pernah menggunakan peti ais yang disediakan di rumah tersebut kerana sentiasa penuh dengan pelbagai jenis barangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor tak pernah cuci baju, ‘berkubang’ atas sofa sampai tukar warna! Dah bertumbuk, maki tetap tak berubah
ARTIKEL BERKAITAN: Housemate pengotor kumpul sampah sejak awal Ramadan tak pernah buang, kencing pun malas ‘flush’
Situasi itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk membeli mini peti sejuk yang diletakkan di dalam biliknya.
"Barang makan aku tak pernah letak dalam fridge rumah ni, aku ada mini fridge sendiri dalam bilik," tambahnya.
Dari segi bahan-bahan dalam peti tu, macam budak-budak hipster, banyak makanan Korean.
WARGA MAYA
Sakit mata melihat keadaan dapur yang tidak bersih seperti itu membuatkan wanita ini memilih untuk makan di restoran berbanding memasak.
"Entah la, kalau macam ni gaya dapur, aku lagi rela makan luar je, tak masak," luahnya lagi.
Susulan itu, dia turut meluahkan hasrat untuk mencari bilik sewa baharu di sekitar Kelana Jaya mahupun Ara Damansara, Selangor.
Baginya kebersihan rumah adalah perkara utama.

Kebanyakan warga maya menganggap rakan serumah wanita terbabit adalah pengotor.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kurang selesa dengan sikap pengotor rakan serumah wanita berkenaan.
Ada yang menyokong hasratnya untuk berpindah ke rumah lain supaya dapat hidup lebih selesa dan bersih.
"Barang dalam peti tu mesti banyak tamat tempoh, tu sampai berkulat. Dapat kat aku, memang aku buang semua dengan fridge tu sekali.
"Geramnya tengok tong sampah tu, paling tak suka tong sampah tak beralas plastik... sinki pun berminyak, semoga awak jumpa rumah lain yang penghuninya bersih dan kemas.
"Dari segi bahan-bahan dalam peti tu, macam budak-budak hipster, banyak makanan Korean. Tapi itulah, peti ais macam tong sampah.
"Pengalaman saya pula serumah dengan pelajar, diaorang pinjam rice cooker dan tak basuh berminggu-minggu sampai berkulat. Saya bagi je terus dan cari rumah sewa lain. Pelajar tu memang cantik tapi sayang tak jaga kebersihan," demikian ungkapan warga maya.


