KANTIN sekolah merupakan lokasi kegemaran murid-murid.
Maklumlah, mereka bebas membeli apa sahaja makanan dan snek mengikut selera dan cita rasa masing-masing.
Bagaimanapun situasi berbeza di sebuah sekolah apabila 'makcik kantin' tidak dibenarkan menjual makanan ringan termasuk kek pisang, ayam goreng, biskut, kentang goreng dan pelbagai lagi yang kebiasaannya dijual di kebanyakan kantin sekolah.
Perkara itu diluahkan seorang wanita yang berjaya mendapatkan tender kantin sebuah sekolah, baru-baru ini.

Antara makanan yang sering dijual di kantin sekolah.
"Nak tanya pendapat sikit, apa function pemilik kantin bayar sewa lebih RM1,000 setiap bulan tapi semua benda tak boleh jual.
"Biskut Tiger, kek pisang, biskut paket, air kotak, kentang goreng, ayam goreng dan lain-lain.
"Tapi kedai buku sekolah boleh jual segala jajan dan 'benda' merapu seperti chocolate, gula-gula, gula-gula getah, snacks dan lain-lain," luahnya, seolah-olah kecewa dengan peraturan yang ditetapkan terhadapnya.
Lebih mengejutkan apabila setiap kali perhimpunan pagi diadakan, guru bertugas akan memaklumkan bahawa ‘pelajar digalakkan membeli di kedai buku'.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantin diserbu pegawai kesihatan, tauke risau staf buat salah... Makin terkejut tengok skor tahap kebersihan
ARTIKEL BERKAITAN: Murid tulis surat untuk guru, keliru harga makanan di kantin... Ramai ibu bapa dakwa anak muntah, cirit lepas makan nasi lemak
Kesal dengan insiden yang berlaku, dia kemudiannya membuat aduan kepada pihak pengurusan sekolah termasuk penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM), guru besar dan Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG).
Bagaimanapun, katanya, aduan yang dibuat tidak membuahkan hasil kerana tiada tindakan diambil.
Sebaliknya, dia terus menjadi mangsa dan dituding dengan pelbagai kesalahan.
Memang ada pentadbiran sekolah yang macam ni, mak ayah saya pernah buka kantin sekejap tapi memang tak boleh tahan.
WARGA MAYA
"Siapa lagi saya boleh buat aduan sebabnya apabila buat aduan pada mereka, tiada apa-apa tindakan pun malah mereka mencari lagi dan lagi kesalahan pemilik kantin.
"Patutlah makcik kantin sekolah kita dahulu, muka mereka ketat je... rupanya banyak hadap masalah yang cikgu dalam sekolah buat sendiri.
"Makan nak murah, kalau boleh nak makan percuma, kalau tak dapat mulalah menyampai sana sini yang pemilik kantin kurang itu, kurang ini," tambahnya lagi.

Warga maya memberikan cadangan masing-masing bagi membantunya menyelesaikan masalah dialami.
Sayu dengan nasib yang dialami, beberapa pelayar berkongsi pandangan dan langkah yang boleh dilakukan termasuk membuat aduan terus kepada pejabat pendidikan daerah (PPD).
"Buat aduan terus pada PPD ataupun terus keluar apabila kontrak tamat, cari kantin lain macam kantin hospital yang tak banyak peraturan kena ikut.
"Memang ada pentadbiran sekolah yang macam ni, mak ayah saya pernah buka kantin sekejap tapi memang tak boleh tahan. Patutlah orang kantin asyik bertukar-tukar, nak murah je.
"Ada juga katanya koperasi jual makanan yang siap dimasak, spaghetti bekas kecil-kecil... mereka ada cucuk typhoid tak? Peniaga kantin salah pula kalau tak cucuk apa semua tu.
"Bukan ada perjumpaan beberapa kali dengan pentadbir? Kenapa tak bawa isu, bertanya dan berbincang, biasa apa yang kantin jual, kedai buku tak boleh jual terutama makanan ringan," demikian pandangan warga maya.


