DALAM melayari bahtera perkahwinan, pasangan suami isteri perlu saling bantu membantu serta berkongsi susah dan senang bersama-sama.
Namun lain pula kisah wanita ini yang sudah tiga tahun bernikah tetapi menggalas beban rumah tangga seorang diri.
Dalam satu perkongsian di media sosial, dia meluahkan rasa penat apabila suami langsung tidak membantu menguruskan rumah atau anak-anak.

Seorang suami perlu menjalankan tugas menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan
“Aku penat, sumpah. Tiga tahun kahwin dia tak pernah tolong aku urus rumah atau anak. Semua aku buat seorang.
"Tolong isteri ni kalau pergi kursus kahwin pun ustaz tu akan tekankan banyak kali.
"Tapi benda macam ni kalau suami tahu tugas, tak perlu pun kita nak tegur banyak kali,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami kaki game sampai abai keluarga, ibadat... Ketagih menjadi-jadi lepas dipecat, biar isteri kerja cari duit belanja
ARTIKEL BERKAITAN: Pemalas, main 'game' je lebih! Wanita menyesal kahwin lelaki muda - “Gen Z memang macam ni ke?”
Kemarahan wanita ini memuncak apabila pada suatu hari mereka sekeluarga bersiap-siap untuk meluangkan masa bersama dengan keluar mandi sungai.
Keadaan menjadi kelam kabut apabila dia terpaksa menyediakan bekal, menguruskan anak-anak dan mengemas rumah tanpa bantuan suami.
"Suami cuma main permainan video lepas tu dia bising bekal tak siap. Baju tak packing. Aku sudah hilang sabar.
Lepas kena sound, masuk je kereta suami aku terus cakap lembut-lembut.
PENGADU
"Ingat aku ni mak kau ke? Semua mak yang buatkan? Aku rasa macam 'babu' (pelayan) dah kat rumah ni. Itu la ayat yang buat suami aku terdiam.
"Lepas kena sound, masuk je kereta suami aku terus cakap lembut-lembut," ujar si isteri menceritakan semula apa yang berlaku.
Susulan hantaran yang dibuat, ramai warga maya bersimpati dengan nasib wanita ini kerana mendapat suami yang pemalas dan tidak tahu tanggungjawab.
Malah ramai juga yang menyokong tindakannya berani bertegas meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Antara komen netizen di media sosial.
"Lelaki yang jenis tak buat kerja rumah atau tak tolong mak kemas rumah ni memang patut kahwin dengan perempuan yang garang, kuat maki dan bengis.
"Bagus, kadang-kadang memang kena 'bagi' sekali baru dia terkejut. Kadang isteri ni bila berlembut sangat, dipijak. Tapi itu la, syurga itu kan 'mahal'.
"Serius la wey tiga tahun tak pernah tolong buat kerja rumah? Masa zaman dia bujang dulu dia ni anak emas mak dia ke? Dahsyat," komen beberapa netizen.


