SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dengan tindakan birasnya yang dianggap tidak menjaga adab dan aurat ketika berkumpul bersama keluarga besar suami.
Menurut wanita itu, insiden tersebut berlaku ketika semua adik beradik suaminya pulang ke kampung untuk beraya baru-baru ini.
Seperti kebiasaan, pada waktu malam mereka akan berkumpul di ruang tamu untuk menonton televisyen dan berbual bersama.

Setiap wanita perlu menjaga aurat apabila bersama ahli keluarga. -Gambar hiasan
Namun, suasana bertukar menjadi jengkel apabila birasnya itu dengan selamba bertindak baring di ruang tamu untuk diurut oleh ibu mentua kerana dia mengalami bengkak susu.
"Sambil bersembang, ibu mentua tengah urut payudara biras saya.
"Apa yang saya tak boleh terima, dia tanpa rasa malu dedahkan aurat bahagian dada... semua orang pandang (boleh nampak)," katanya.
Situasi itu jelas membuatkan wanita ini dan ahli keluarga lain berasa tidak selesa kerana minta diurut di ruang terbuka.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer dikecam tayang payudara di Disneyland, mengaku hanya mahu buat eksperimen sosial
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Janda’ berniqab cemar imej Islam tayang payudara masa live, lelaki sangap banyak bagi gift! Netizen kantoikan bukan bersiaran dari Dubai
Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu secara terang-terangan 'mengarah' adik ipar lelaki yang berada di situ agar tidak melihat ke arahnya.
"Saya perasan biras-biras saya masing-masing cuba alihkan pandangan. Walaupun sama-sama perempuan, mesti la rasa geram.
"Dia boleh cakap adik lelaki jangan tengok buah dada aku ye. Lah… macam mana tak tengok, dah dia baring betul-betul depan TV. Mesti la semua hala sana," jelasnya kecewa.
Apa-apa pun aurat jangan buat main kan.
NETIZEN
Menurut wanita itu lagi, dia hampir menegur perbuatan birasnya itu secara terbuka yang dianggap sudah melampaui batas.
Bagaimanapun, situasi menjengkelkan tidak berpanjangan apabila suami kepada wanita berkenaan masuk ke dalam rumah dan terus menegur tindakan isterinya 'menayang dada'.
"Dalam hati saya, kalau lagi 10 minit dia tak tutup dada tu, memang saya sound juga. Lantaklah nak gaduh ke apa.

Komen netizen di media sosial.
"Nasib baik tak lama lepas tu, suami dia masuk rumah nampak isteri sendiri menayang buah dada. Terus kena marah dan disuruh masuk bilik," katanya menutup cerita.
Perkongsian wanita ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut berasa kurang senang dengan sikap iparnya yang tidak senonoh itu.
"Kalau kakak ipar tu dah tua, tak menarik la nak tengok pun. Kalau masih muda, memang menarik perhatian la. Apa-apa pun aurat jangan buat main," komen seorang netizen.


