suria

Emosi teruk terjejas, mangsa gangguan seksual cari jalan mahu 'big boss' dihukum! Ofis cuma beri amaran, tutup kes

Gangguan seksual juga boleh berlaku di pejabat. -Gambar hiasan

GANGGUAN seksual yang berlaku di tempat kerja sudah tentu akan memberi kesan terhadap emosi mangsa.

Begitulah kisah wanita ini yang mendakwa dia telah dimalukan oleh seorang rakan sekerja berjawatan lebih tinggi.

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita itu mendakwa individu tersebut bertindak merakam gambarnya dalam keadaan tidak sopan.

Photoshoot for story on sexual harassment. AZMAN GHANI / The Star

Mangsa gangguan seksual pasti akan berdepan tekanan emosi untuk berdepan dengan pelaku. -Gambar hiasan

"Seorang rakan sekerja yang berpangkat besar menangkap  gambar saya dalam posisi duduk kurang sopan, dedah bahagian sensitif.

"Dia menunjukkan (gambar itu) kepada rakan sekerja lain tanpa kebenaran. Selepas menyatakan rasa tak selesa, dia minta maaf.

"Dah buat laporan polis tapi pegawai kata ia bukan gangguan seksual sebab yang salah itu perempuan juga," dakwa wanita itu.

Akibat insiden ini, saya mengalami tekanan emosi, rasa trauma dan malu untuk berhadapan dengan rakan sekerja lain. 

MANGSA

Perkongsian berkenaan dibuat menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM).

Menurut wanita itu lagi, dia tidak berpuas hati kerana pihak syarikat hanya mengeluarkan surat amaran kepada pelaku.

Sedangkan, kejadian itu dikatakan memberi impak terhadap emosinya kerana dia malu untuk berdepan dengan rakan-rakan sekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Letih layan pakwe suka sembang lucah, susah nak putus sebab hati dah sayang - “Normal ke phone sex dalam hubungan?”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

"Pihak syarikat hanya memberi amaran secara lisan dan menyatakan kes ini telah “formally recorded and closed.” 

"Namun, saya tidak menerima sebarang dokumentasi atau notis bertulis. Akibat insiden ini, saya mengalami tekanan emosi, rasa trauma dan malu untuk berhadapan dengan rakan sekerja lain. 

"Ia memberi kesan kepada emosi dan keyakinan saya semasa bekerja," luah wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Menerusi hantaran itu, mangsa turut bertanyakan kepada pengguna Facebook tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas pelaku.

Woman bondage in angle of abandoned building, stop violence against Women, international women's day

Wanita perlu berani untuk menuntut keadilan sekiranya mereka menjadi mangsa gangguan seksual. -Gambar hiasan

"Adakah tindakan ini boleh dikira sebagai gangguan atau salah laku di tempat kerja di bawah undang-undang buruh Malaysia?

"Adakah amaran secara lisan tanpa tindakan disiplin bertulis mencukupi dalam kes seperti ini?

"Apakah langkah seterusnya yang saya boleh ambil untuk menuntut keadilan atau escalate perkara ini?" soalnya lagi.

Menurut wanita itu, dia juga sudah membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan sedang menunggu panggilan seterusnya daripada mereka.

Artikel Lain