KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah stesen minyak untuk menunaikan solat menjadi satu pengalaman yang tidak pernah disangka.
Dia pada asalnya hanya mahu singgah menggunakan kemudahan surau, tapi lain pula jadinya!
Berkongsi cerita, wanita itu berkata dia terkejut apabila melihat sebuah keluarga masuk ke surau dan mengambil sehelai sejadah tetapi bukan untuk menunaikan solat.

Orang awam menggunakan kemudahan surau yang disediakan di stesen minyak. -Gambar hiasan
"Ada satu famili ni masuk surau, ambil sejadah dan jadikan alas untuk tukar lampin bayi.
"Disebabkan saya tak ada pengalaman, ini tidak normal kan? Sebab rasa macam geli pula terfikir kalau ada kotoran najis dekat muka saya waktu sujud," dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Tidak mendedahkan lokasi stesen minyak yang disinggahi, wanita itu mempersoalkan kewajaran tindakan keluarga berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Solat tak khusyuk sebab ada ‘gangguan’! Wanita pelik pintu surau tak dikunci diketuk kuat berkali-kali dari luar
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat sujud, makcik selesai solat di sebelah laju-laju lipat sejadah... Wanita reda dahi kena lantai berpasir
"Saya faham jika mereka guna lapik mereka sendiri. Tapi ambil sejadah untuk kegunaan orang awam adalah agak menjijikkan bagi saya.
"Ya ini stesen minyak, datang berkumpulan satu famili buat macam ia biasa untuk mereka. Sampaikan saya persoal diri sendiri, takut jugalah saya yang terlebih sensitif.
"Nanti kalau saya tegur, kata orang single tak fahamlah, tak mesra budak-budaklah. Satu famili ramai-ramai yang masuk, saya tahu kalau tegur situ akan jadi gaduh," ujarnya.
Kasihan orang yang pakai sejadah tu untuk solat.
NETIZEN
Dakwanya, individu yang mengambil sejadah itu merupakan wanita sudah berusia, namun perbuatan tersebut tidak dihalang oleh ahli keluarga lain.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan keluarga berkenaan kerana dianggap tidak menghormati surau.

Bersih daripada najis di pakaian, badan dan tempat solat merupakan salah satu syarat sah solat. -Gambar hiasan
Malah, ada yang menyarankan individu yang membuat perkongsian tersebut untuk memberi teguran demi kebaikan semua yang menggunakan kemudahan itu.
"Awak patut tegur. Habis najis sejadah tu. Kasihan orang yang pakai sejadah tu untuk solat. Tukar dalam surau pun tak boleh. Kalau saya memang dah 'sound' dah.
"Ini tak normal dan jangan normalisasikannya. Sejadah digunakan untuk tujuan solat. Kena sentiasa dalam keadaan bersih. Ini adalah common sense. Kalau dia bising juga cakap kat dia ini surau, bukan gelanggang gaduh.
"Dah jadi mak ayah ni tolonglah gunakan common sense. Selalu bawa alas atau changing mat dalam beg untuk tukar lampin bayi. Ia jadi satu keperluan. Peringatan untuk diri sendiri juga sentiasa bawa sejadah saiz travel, sebab inilah," demikian antara komen netizen.
Sementara itu, menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi tulisannya dalam Maktabah Al-Bakri memberitahu, salah satu syarat sah solat adalah bersih daripada najis pakaian, badan dan tempat solat.


