suria

Suami syok sendiri dalam dunia bisnes walau tak untung, tak sedar isteri letih tanggung semua komitmen bulanan

Seorang wanita meluahkan rasa sedih memikirkan kewangan suami. -Gambar hiasan

SUDAH 10 tahun membina mahligai perkahwinan, wanita ini tak pernah menyangka akan tiba satu fasa dalam hidupnya di mana dia perlu memikul hampir seluruh beban keluarga secara bersendirian.

Segalanya bermula apabila suami, yang dahulunya mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung sebahagian besar komitmen keluarga mengambil keputusan untuk berhenti kerja dua tahun lalu. 

Kini, suaminya mencari rezeki dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan di tepi jalan, namun pendapatan hariannya tidak menentu, antara RM70 hingga RM200 sehari.

Masalah kewangan sering menjadi punca keretakan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Suami minta dua tahun (masa) untuk baiki ekonomi dia. Saya ni bekerja sendiri, penat. Penat sebab kena kerja lebih dan tanggung semuanya. Simpanan saya sudah kosong sebab modalkan dia.

"Dia suami yang baik juga, tolong hal-hal berkaitan rumah tapi ada sedikit ego dan susah nak dengar nasihat saya. Lebih suka dengar cakap orang luar. Nasihat saya tak diendahkan," katanya.

Tambah memeritkan, pendapatan suami hanya cukup untuk pusing modal, bukan untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak ada ‘fungsi’, isteri enggan hamil lagi! Penat mental didera... Syukur dapat anak lelaki, cerai pun tak kisah

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya menumpang jadi kena sedar diri' – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuci

Walaupun suami tidak pernah culas membantu urusan rumah tangga, tetapi wanita ini merasakan seperti ada satu lagi beban yang perlu digalas.

"Sebelum ni dia bekerja. Gaji dia selesaikan komitmen dan yuran anak-anak, belanja rumah. Saya hanya selesaikan dalam RM3,000 saja belanja rumah dan komitmen lain.

"Sekarang jadi RM5,000 selepas dia berhenti kerja. Jahat ke kalau saya rasa beban untuk tanggung semua ni. Minggu ni je saya rasa berat sangat. Allah je tahu penat saya.

Kadang nak hidup senang bukan mudah. Kena banyak sabar.

NETIZEN

"Saya banyak termenung, suami saya tanya kenapa... saya cakap tak ada apa-apa. Cuma bulan ni saya tak ada simpanan. Negatif (hutang) ada la lepas tolak itu ini. Itu pun dia diam tak kata apa," jelasnya lagi.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan apa yang diluahkan wanita ini.

Komen netizen di media sosial.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi cadangan dan nasihat secara terbuka kepada wanita ini di ruangan komen.

"Tingginya komitmen bulanan. Semoga dipermudahkan. Sabar dulu sis. Kadang nak hidup senang bukan mudah. Kena banyak sabar.

"Baru berniaga lagi tu. Sementara orang nak tahu (perniagaan), kerap-kerap sikit iklan dalam grup Facebook, WhatsApp. Dekat TikTok pun boleh sis. Janji rajin je," komen beberapa netizen.

Artikel Lain