suria

Pelajar simpati nasib pensyarah, gigih bagi banyak 'assignment', semua disiapkan guna AI - “Sikit pun tak sukarkan kami”

Kewujudan AI membantu pelajar untuk melengkapkan tugasan subjek mereka. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN teknologi kecerdasan buatan (AI) sangat membantu jika ia digunakan dengan cara yang betul.

Selain golongan pekerja, ramai pelajar turut menggunakan platform AI seperti ChatGPT dan DeepSeek untuk menyelesaikan tugasan.

Di media sosial, tular perkongsian seorang pelajar sebuah universiti awam mengenai penggunaan AI yang semakin tidak terkawal.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Pelajar tidak boleh bergantung 100 peratus dengan AI. -Gambar hiasan

"Jujur daripada hati saya, kesian dengan pensyarah-pensyarah terutamanya boomers. Mereka cuba untuk bagi assignment berlambak dan last minute.

"Tapi sikit pun tak menyukarkan kami. Kami boleh tutup mata siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, DeepSeek dan Gemini.

"Assignment kami semua 'letup-letup' siap citations and references. Hujung-hujung carry mark kami semua kaw-kaw padu atas 50 peratus.

Kami boleh tutup mata siapkan sehari sebelum dengan bantuan ChatGPT Premium, DeepSeek dan Gemini.

PELAJAR

"Final exam pejam mata je nak dapatkan lagi 30 peratus, boleh skor A. Kesian (pensyarah) tak dapat nak game kita," tulisnya.

Tangkap layar luahan jujur pelajar itu kemudiannya ditularkan di laman X sehingga ia meraih perhatian ramai.

Seorang pensyarah turut mengulas isu itu dan memaklumkan ramai pelajarnya gagal meraih keputusan cemerlang walaupun diberi kemudahan menggunakan AI.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita bimbang AI, ChatGPT ‘ancam’ otak manusia... Semakin hari rasa bodoh dan malas!

ARTIKEL BERKAITAN:DeepSeek vs ChatGPT... Platform AI mana dianggap ‘pendamping’ terbaik manusia?

"Baru minggu lepas aku bagi exam, subjek Kejuruteraan. Pelajar dibenarkan buka nota, buku teks, guna ChatGPT, Google. Cuma tak boleh berkomunikasi antara satu sama lain.

"Daripada 50 orang, yang dapat atas 80 peratus (markah) tak sampai 10. Lebih separuh kelas tak lepas 50 peratus," kongsinya.

Menurut beberapa netizen, pelajar yang 'menipu' menggunakan AI berkemungkinan berdepan kesukaran di alam pekerjaan.

Pelajar harus jujur dalam setiap tugasan yang diberikan pensyarah. -Gambar hiasan

"Dekat level universiti boleh berlagak. Buat exam ada bantuan ChatGPT. Kau tunggu level profesional nanti, baru tahu langit tinggi ke rendah.

"Masuk alam kerja esok, memang struggle la mereka," tulis netizen.

Artikel Lain