TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi keperluan dalam kehidupan moden untuk menghadapi cabaran yang semakin kompleks. AI memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan proses, sekali gus memberikan kelebihan kompetitif dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi. Namun, bagi seorang wanita dia berpandangan perkembangan AI menjadikan manusia semakin lembab kerana terlalu bergantung pada teknologi itu termasuk ChatGPT. Buku masih menjadi perantara penting untuk mendapatkan ilmu. - Gambar hiasan "Anda semua tak rasa ke makin banyak guna ChatGPT ni, otak kita macam makin perlahan. Sebab aku rasa macam tu. "Sekarang ni, nak cari jawapan di Google dan baca artikel panjang-panjang pun dah rasa malas," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: ChatGPT tak membantu seperti diharapkan? Ini rahsia dapatkan output memuaskan, prompt kena betul ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna AI semakin berleluasa, kerajaan teliti keperluan gubal akta lindung industri seni Tambahnya, jika menggunakan Google sekali pun, enjin carian itu juga mempunyai ciri-ciri AI dalam meringkaskan jawapan. "Aku rasa kita semakin pemalas, bodoh, dan perlahan. Kita tidak boleh terus bergantung pada AI seperti ini," katanya. Sekarang saya pun rasa tak yakin dengan struktur ayat sendiri sebab sedikit demi sedikit nak tanya ChatGPT. NETIZEN Pandangan wanita itu dipersetujui netizen yang beranggapan teknologi itu menyebabkan manusia semakin pemalas. "Saya faham apa yang awak rasa. Memang kadang-kadang, AI seperti ChatGPT boleh bantu kita bekerja lebih cepat. "Tapi kita jadi kurang fokus atau hilang keyakinan apabila perlu buat tugas yang lebih sederhana, seperti menghantar email," kata netizen. Reaksi netizen. "Sekarang saya pun rasa tak yakin dengan struktur ayat sendiri sebab sedikit demi sedikit nak tanya ChatGPT untuk semak. "Walhal sebelum ni, saya boleh fikir sendiri, rasa macam tak boleh hidup tanpa ChatGPT," kata warga maya. "Lama-lama nanti, orang dah tak mencari ilmu. Sebab semua di hujung jari yang entah betul entah tidak informasinya," demikian kata netizen.