KEBANYAKAN daripada kita pasti pernah menjadi mangsa buli, lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah. Sama ada dibuli secara fizikal mahupun emosi, yang pastinya perbuatan tersebut akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang kepada mangsanya. Demikian juga dengan kisah dikongsi seorang pelayar wanita di laman sosial mengenai pengalaman dibuli rakan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. "Dulu aku ada ramai haters dekat sekolah. Satu hari tu, aku beli roti impit untuk mak aku, nak bagi dia rasa sebab bagi aku sedap. "Harga RM2.50 satu, aku beli dua, lain-lain flavour walaupun harga agak mahal waktu tu, duit belanja aku RM3 je sehari. Mangsa buli akan mengalami trauma untuk jangka masa yang panjang. -Gambar hiasan "Lepas balik daripada solat Zohor aku tengok roti tu dah hancur macam kena pijak. Dua-dua. Beg aku pula ada sampah dan chewing gum melekat. Kerusi aku penuh pasir," tulisnya dalam hantaran tersebut. Tambah pelayar itu, apa yang menyedihkan, tiada seorang pun yang mempertahankannya, sebaliknya dia dijadikan bahan ketawa rakan-rakan lain. "Kawan aku siap buat lawak... ni baru betul roti impit. Aku bawa roti tu keluar kelas, makan mana yang masih boleh sambil nangis sebab sedih tak dpt bagi mak aku dan tak nak membazir plus malu. Drama betul. ARTIKEL BERKAITAN: Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap - “Taufiq nama dia” ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok "Sampai sudah mak aku tak dapat rasa pun roti tu," tulisnya lagi sambil menambah, pembuli tersebut merupakan pelajar lelaki. Ujarnya, ia bukan kali pertama dia menjadi mangsa buli namun kejadian berkenaan adalah antara yang paling meninggalkan kesan buatnya. Kawan aku siap buat lawak... ni baru betul roti impit. Aku bawa roti tu keluar kelas, makan mana yang masih boleh sambil nangis. PENGADU "Ada orang suruh saya maafkan sebab benda dah lama. Tapi itulah... memori tu terpahat dan berbekas dekat hati. "Bukan satu je tapi banyak lagi benda jadi. Yang buat tu, kita jumpa dekat akhirat. Aku nak pahala kau," tulisnya lagi. Perkongsian pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya memberikan kata semangat dan memahami situasinya kerana pernah mengalami perkara sama. Netizen turut terkesan dengan perkongsian individu berkenaan. "Panas hati pula aku baca. Jangan maafkan mereka. Mari bawa mereka jumpa aku, kita lawan. "Saya asal keluarga susah. Masa tingkatan tiga kawan kelas ajak tukar hadiah. Saya dah beli mug. Ada seorang tu cakap... hadiah mug tak nak ye. "Untuk mak itu yang paling sakit apabila baca... lagi sakit tak dapat bagi dekat mak," demikian antara komen netizen.