suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah gam bibir murid guna 'glue gun' hingga melecur, guru tadika digantung tugas

Kecederaan dialami semakin buruk. -Gambar hiasan AI

 

SEORANG guru tadika digantung tugas selepas didakwa mencederakan muridnya dengan menggunakan pistol gam (glue gun) panas sehingga menyebabkan bibir kanak-kanak itu melecur dan melepuh teruk.

Apa yang mengejutkan, guru terbabit bukan sahaja menafikan perbuatannya malah enggan bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku. 

Susulan itu, ibu mangsa mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada umum pada Jumaat lalu sehingga mencetuskan kemarahan warga maya.

Berdasarkan rakaman tular, guru terbabit dilihat meletakkan muncung pistol gam panas pada mulut seorang murid di dalam kelas.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 27 Mei lalu selepas dia mendapati bibir anaknya mengalami lepuh teruk sebaik pulang dari tadika.

Meluahkan rasa kecewa, ujar wanita ini, anaknya memaklumkan  kecederaan tersebut berpunca daripada tindakan seorang guru. 

Dia kemudian bertindak menghubungi guru berkenaan, namun individu terbabit mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak sengaja dan enggan bertanggungjawab atas kecederaan dialami anaknya.

Tambahnya, keadaan mangsa dilaporkan semakin serius apabila luka pada bibirnya dijangkiti kuman dan menyebabkan kesakitan berterusan.

Selain membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan, keluarga turut membuat laporan polis.

Biro Pendidikan Fengxian memaklumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes tersebut, manakala guru terbabit digantung tugas dan polis turut membuka siasatan jenayah.

Hasil semakan rakaman CCTV bersama pihak berkuasa mendapati penjelasan guru tersebut bercanggah dengan insiden dirakam.

Malah rakaman tersebut memaparkan guru berkenaan menyentuh bibir murid itu dengan pistol gam panas sebanyak dua kali sebelum menolak dan memukul kanak-kanak tersebut walaupun mangsa kelihatan dalam kesakitan.

Tindakan tersebut dipercayai berpunca daripada sikap murid yang berbual ketika sesi pembelajaran berlangsung. -Agensi

Artikel Lain