suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang diminta beli iPhone, lelaki cekik skandal berstatus isteri orang hingga maut… Bakar mayat sebelum campak ke dalam sungai

Mayat mangsa dibakar sebelum dibuang ke dalam sungai.

MISTERI kehilangan seorang wanita terjawab apabila mangsa dibunuh bekas teman lelakinya sebelum mayatnya dibakar dan dibuang ke dalam sungai. 

Mangsa berusia 23 tahun ditemukan terapung di Sungai Enim berhampiran Jambatan Enim III di Desa Karang Raja, Indonesia pada Rabu lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Muara Enim, AKP M Andrian pada Jumaat berkata, mangsa sebelum itu dilaporkan hilang oleh suaminya selepas tidak pulang ke rumah selama lebih tiga hari.

Hasil siasatan mendapati mangsa pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suspek berusia 33 tahun sebelum berpisah dan wanita itu berkahwin dengan lelaki lain.

Walaupun hubungan mereka sudah berakhir, kedua-duanya masih berhubung dan bersetuju untuk bertemu di sebuah hotel pada 24 Mei lalu.

Siasatan mendapati mereka bertengkar apabila mangsa meminta dibelikan telefon bimbit baharu jenis iPhone, namun permintaan itu ditolak suspek.

Suspek yang dipercayai berang bertindak mencekik dan menindih tubuh selama 10 minit sehingga mangsa meninggal dunia di dalam bilik hotel berkenaan.

Selepas memastikan mangsa tidak lagi bernyawa, suspek pulang ke rumah sebelum kembali ke hotel pada awal pagi keesokan harinya bagi menghapuskan bukti.

Dia kemudian membungkus mayat mangsa menggunakan cadar dan selimut hotel sebelum membawanya dengan kereta ke kawasan Jambatan Enim III.

Kata polis, suspek turut membakar mayat mangsa sebelum mencampakkannya ke bawah jambatan sehingga jatuh ke dalam sungai sebelum meninggalkan lokasi.

Polis berjaya menahan suspek serta merampas beberapa barang kes, dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah itu.

Antaranya termasuk kereta Honda Brio digunakan untuk mengangkut mayat, telefon bimbit mangsa, kunci bilik hotel, cadar, kayu dengan kesan terbakar serta petrol.

Suspek kini berdepan pertuduhan membunuh mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Indonesia.

Artikel Lain