SETIAP kali menjelang atau selepas musim cuti umum, tidak dinafikan klinik mula dibanjiri dengan 'pesakit segera'.
Namun bukan semuanya datang kerana betul-betul sakit, sebaliknya mahu meminta cuti sakit (MC) kerana hendak menyambung cuti.
Kecewa dengan 'trend' berkenaan, seorang doktor tampil membuat teguran terbuka di laman sosial sambil berkongsi kisah seorang 'pesakit' yang mengunjungi kliniknya beberapa hari lalu.
Menyalahgunakan cuti sakit bukan hanya membebankan rakan sekerja malah menyusahkan pihak lain seperti doktor dan pesakit lain. -Gambar hiasan
"Perangai netizen sedunia datang klinik. Dekat kaunter complain macam-macam, jumpa doktor complain macam-macam, tiba-tiba time bayar 'boleh tak saya tak nak ambil ubat, nak ambil MC je'.
"Maaf cakap... nak 'kayukan' je rasa. Seronok palsukan simptom dan buang masa orang demi sekeping MC," tulisnya.
Apa yang mengejutkan menurut doktor tersebut, 'pesakit' yang baru sahaja mendapatkan 'rawatan' itu serta merta sihat selepas keluar klinik malah kelihatan berselera menikmati sarapan di sebuah restoran.
ARTIKEL BERKAITAN: Selalu MIA waktu pagi, tengah hari beritahu cuti sakit! Staf bermasalah pertahan diri guna alasan ‘MC hak pekerja’
ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga
"Patient tu datang pukul 7.45 pagi. Aku habis on-call pukul 8 pagi, kemudian lepas pukul 8 pagi tu aku pergilah kedai breakfast dalam 10 minit dari sini (klinik).
"Jumpa patient tadi tu dengan teh aisnya, nasi putih ayam goreng. Dalam bilik tadi cakap sakit tekak nak makan. Patut ke aku 'kayukan' dia dekat kedai makan ni," tulisnya lagi.
Bukan mengungkit selepas memberikan cuti sakit, namun doktor berkenaan berkata teguran itu disuarakan kerana merasakan trend sedemikian tidak wajar dinormalisasikan.
Jumpa patient tadi tu dengan teh aisnya, nasi putih ayam goreng.
DOKTOR
"Inside story yang ramai tak tahu. Ya, sesetengah company atau majikan akan call balik klinik... tanya kenapa beri MC untuk diagnosis sekian-sekian, kenapa bagi dua hari, kenapa bagi tiga hari (MC). Tapi ramai tak tahu.
"Siap beritahu pekerja yang berkenaan dah ambil MC tiap-tap bulan dekat berlainan klinik.
"Aku bukan kedekut MC, boleb tengok rekod tempat aku kerja, jarang sangat denied MC orang. Kalau aku dah berleter tu, maksudnya dah cross line la," tulisnya lagi.
Antara pandangan yang dilontarkan netizen.
Perkongsian doktor berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, dengan ada di antaranya menyifatkan perkara berkenaan tidak wajar diperbesarkan memandangkan MC adalah hak pekerja.
Namun ada antara netizen yang bersetuju dengan teguran berkenaan kerana tabiat 'menipu' MC adalah tidak adil kerana ia akan memindahkan beban kepada rakan sekerja yang lain.