suria

Penyondol ditimpa musibah… Tiub fallopio pecah, alami kehamilan luar rahim lepas terlanjur dengan suami orang!

Menjalinkan hubungan dengan suami orang sehingga hamil adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

LUAHAN seorang wanita yang sedang bergelut dengan perasaan bersalah selepas terlibat dalam hubungan bersama lelaki yang rupa-rupanya suami orang mendapat perhatian di media sosial. 

Lebih memilukan, wanita itu turut mengalami kehamilan luar rahim hingga menyebabkan kandungannya pecah dan salah satu tiub fallopionya terpaksa dibuang. 

Katanya, dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan isteri lelaki itu jika tahu apa yang berlaku.

"Aku sudah sakitkan kaum aku sendiri. Aku sebenarnya tak tahu yang dia tu suami orang.

Kecurangan yang berlaku boleh meruntuhkan sesebuah hubungan antara suami isteri. -Gambar hiasan

"Aku mengandung tapi luar rahim dan kandungan aku tu pecah. Jadi aku kena buang sebelah tiub.

"Tak dapat aku bayangkan macam mana perasaan isteri lelaki itu kalau dapat tahu (mengenai hubungan terlarang)," ujarnya.

Walaupun lelaki itu sudah membohonginya, wanita ini mengaku dia masih menyayangi suami orang tersebut sepenuh hati. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”

ARTIKEL BERKAITAN: Marahkan isteri hilangkan jaring pelindung matahari, suami bebel sambil ‘tekan-tekan’ minyak kereta - “Dia lupa banyak kali curang!”

Perasaan sayang yang mendalam itu membuatkan dia buntu dan lemah untuk membuat keputusan meskipun tahu tindakannya salah.

Dalam keadaan emosi yang bercelaru, dia mengaku langsung tidak membenci lelaki itu, malah terus setia menaruh harapan.

"Aku dah berjanji nak undur diri kalau dia suami orang. Tapi sekarang aku tak mampu nak tunaikan janji aku sendiri.

Berundur dan bertaubat… terus berdoa mohon keampunan Allah setulusnya.

NETIZEN

"Aku tak mampu nak lepaskan dia pergi. Aku dah sayangkan dia sangat-sangat. Walaupun dia sudah tipu aku. Sikit pun tak membuatkan aku benci dia," jelasnya lagi.

Kisahnya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ramai yang mengecam kerana sanggup melakukan tindakan sedemikian.

Namun, tidak kurang juga sesetengah warga maya yang cuba menasihati dirinya agar segera bangkit semula dan tinggalkan hubungan terlarang itu.

Komen netizen di media sosial.

"Awak sayangkan dia tapi dia hanya gunakan awak untuk puaskan nafsu. Masalah perempuan, kalau dah sayang, jadi bodoh.

"Berundur dan bertaubat. Sentiasa ingat Allah SWT sentiasa ada. Terus berdoa dan dekatkan diri dengan Allah. Mohon keampunan setulusnya. Insya-Allah.

"Teruskan cuba tinggalkan dia. Cuba berkali-kali walaupun gagal. Cuba dan teruskan sampai akal awak berfungsi dengan waras. Dah ada rasa benci dengan lelaki tu dan nekad terus tinggalkan dia. Bangun sis!." komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain