suria

Selalu MIA waktu pagi, tengah hari beritahu cuti sakit! Staf bermasalah pertahan diri guna alasan ‘MC hak pekerja’

Tidak dinafikan ada segelintir individu yang culas bekerja menggunakan alasan tidak munasabah untuk mendapatkan cuti sakit. -Gambar hiasan

SETIAP pekerja berhak untuk mendapat cuti sakit (MC) apabila memerlukan rehat kerana tidak sihat atau perlu mendapatkan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, ada segelintir individu menyalahgunakan sijil ini untuk kepentingan sendiri atas alasan cuti sakit adalah hak pekerja.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar meluahkan rasa geram dengan sikap seorang rakan sekerjanya yang tanpa rasa bersalah mengambil cuti sakit pada saat akhir hingga memberi kesan kepada organisasi.

mc 2

Pekerja layak mendapat cuti sakit jika mempunyai masalah kesihatan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pekerja. -Gambar hiasan

"Aku tahu MC tu hak masing-masing, tapi have some emphaty please. Kau dah tahu kau kerja, kau beritahu la awal-awal kau nak MC.

"Ini tak, waktu kerja start 9 pagi tapi sampai pukul 12 tengahari MIA (hilang tanpa dapat dikesan). Orang cari kau, call tak angkat-angkat. Then tiba-tiba kau bangun tidur kau cakap kau nak MC.

"Lepas tu orang tiba-tiba kena cover kerja kau? Kau tak ada rasa tanggungjawab eh?" tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

ARTIKEL BERKAITAN: Haid teratur tapi minta MC sebulan 2 kali sebab senggugut! Doktor tahu pesakit cuba menipu, menangis jika disoal lebih-lebih

Apa yang membuatkan rakan sekerja lain bertambah 'panas', individu berkenaan melakukan perkara yang sama pada keesokan harinya.

"Dah pernah cakap dengan dia. Dia actually ada masalah tidur. So dia tidur lambat dan bangun pun lambat. Bila dah bangun tengah hari, dia terus cakap nak ambil MC," kongsinya.

Dah puas tegur. Kitaorang satu team cuba cover dia, sebab kalau pihak management tahu, memang satu team yang akan kena.

PENGADU

Tambahnya, usaha memberi teguran menjadi sia-sia seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, malah menggunakan hujah 'MC adalah hak pekerja'.

"Dah puas tegur. Kitaorang satu team cuba cover dia, sebab kalau pihak management tahu, memang satu team yang akan kena. Bukan dia seorang.

"Sebab tu saya cakap dia tak ada rasa tanggungjawab. Kita satu team dah cuba tolong yang terbaik, tolong tegur, tolong cover kerja dia, tapi pada akhirnya 'MC tu kan hak masing-masing'", tambahnya lagi.

KOMEN MC

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Rata-rata warga maya tampil dengan pelbagai reaksi, dengan ada yang berkongsi pengalaman dan ada juga memberi pandangan mengenai cara mengelakkan pekerja sengaja mengambil cuti sakit.

"Kalau style sekolah saya, last inform keberadaan jam 9.30 pqgi. Kalau lepas tu baru nak inform, memang kena 'sedas' 'dua das'.

"HR (sumber manusia) sepatutnya call klinik tu tanya. Lepas pukul 12 tengahari maknanya MC 'buat-buat'. Sebab kalau klinik kerajaan, lepas pukul 12 atau 1 tengahari dikira time slip.

"HR saya sebelum pukul 12 kena hantar MC, kalau tak ada dikira unpaid leave dan warning letter," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain