SELALUNYA, di media sosial golongan isteri kelihatan lebih lantang berkongsi sikap suami yang berat tulang membantu menguruskan hal rumah tangga.
Tidak hairanlah perkongsian seorang suami di aplikasi Threads mencuri tumpuan apabila dia merungut mengenai pengurusan di dapur rumahnya.
Keadaan rumah terutama bahagian dapur yang didakwa tidak diurus seperti diharapkan membuatkan dia berhasrat untuk berpindah ke rumah lain.
Menurut bapa kepada dua anak remaja ini, dia faham bahawa kerja-kerja rumah tidak pernah habis justeru dia turut membantu isteri menguruskan rumah tangga mereka.
Suami yang membantu menguruskan rumah tangga dapat meringankan beban isteri. -Gambar hiasan
Katanya, bantuannya itu adalah ikhlas tetapi apa yang mengecewakan adalah sikap isteri yang masih tidak faham dirinya yang sukakan dapur yang kemas dan bersih.
“Kadang terasa macam nak sewa apartment lain. Supaya saya boleh urus peti beku, peti ais, dapur dan kerja rumah. Sangat mengecewakan apabila arahan mudah diabaikan, langsung tak sensitif.
“Benda yang tak patut ada atas meja makan sila alih dan letak di tempat sepatutnya. Hampir dua minggu benda tu ada atas meja, tak ada siapa nampak ke? Saya seorang dalam dunia ni je ke yang nampak?
“Memang saya tak berkira kalau tolong. Tapi benda macam kain lap tangan dah berlonggok lama dia (isteri) guna dapur setiap hari, tak boleh lipat?” ujarnya kecewa.
ARTIKEL BERKAITAN: Berleter sambil perli isteri gara-gara kena lipat kain, suami siap kata “seronok jadi bos macam Shuhada”... nikah pun sebab kelakar, terus tak jadi nak marah
ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam!
Dia turut mengeluh mengenai bahagian meja kaunter dapur yang tidak dilipat selepas digunakan sekali gus membuatkan dia tidak senang melihatnya.
“Semua attitude! Aku ni bukanlah OCD (obsesive compulsiv disoder) tapi kalau kain lap tangan, lap pinggan, berlonggok atas meja makan.
“Kaunter dapur tu tolong la lipat. Saya tahu jadi suri rumah banyak benda perlu buat, tugas mengambil dan menghantar, cuci pakaian memang sepenuh masa tugasnya.
“Saya hormat, tapi kalau buat sikit-sikit dan kekalkan keadaan, tak ada dapur macam kena bom!” tegasnya.
Beruang kutub pun ada kot dalam peti beku, aku ke nak kena urus? Ikan satu jenis tapi ada lima ekor.
SUAMI
Lelaki ini juga mendakwa isterinya tidak menyusun atau menyelenggara peti sejuk beku yang penuh dengan bahan mentah.
“Beruang kutub pun ada kot dalam peti beku, aku ke nak kena urus? Ikan satu jenis tapi ada lima ekor.
“Tak periksa dulu ke sebelum beli, lepas tu tak tau apa nak masak. Aku pelik juga. Tolong sesiapa kidnap aku!” luahnya.
Disebabkan situasi ini, ada ketikanya dia terasa amat penat dan ingin lari jauh daripada ‘sistem’ di rumahnya yang dianggap gagal.
Dapur yang kemas mampu mencetuskan ketenangan. -Gambar hiasan
“Kadang balik rumah, ini rumah ke stor?Okay, ada basikal satu dalam rumah, tapi tak boleh ke simpan luar. Sebelum saya membebel, saya pastikan barang saya tak bersepah.
“Saya buat kerja rumah sebab saya rimas bila nampak keadaan macam ini. Alhamdulillah semua saya boleh buat malah masakan dalam pantang isteri saya sediakan.
“Memang kami sama-sama buat, tapi bila dah terbiasa ada orang buatkan kadang terlepas tangan,” katanya.
Walaupun membebel panjang mengenai sikap isteri, lelaki ini juga bercadang untuk membawa pasangannya bercuti bagi menjernihkan keadaan.
Urusan mengemas rumah sering diletakkan di bahu isteri. -Gambar hiasan
Dia berharap percutian pendek dapat mengembalikan tenaga dan membuatkan pasangannya lebih segar.
“Saya sudah merancang percutian pendek dan harap ia berkesan. Tapi pernah je buat tetapi untuk mengubah tu susah.
“Usaha ini macam tak ada langsung perubahan, tu yang jadi penat, tepu dan barai,” katanya.
Perkongsian lelaki ini mencuri tumpuan warganet terutama wanita yang mendakwa jarang melihat suami ‘merentan’ di media sosial bercerita perihal dapur.
“Macam ini lah agaknya arwah suami saya kalau dapat berleter di media sosial tentang kebersihan dapur. Tapi dia tak buat.
“Agaknya ini yang suami saya rasa. Saya pandai cari duit, tapi bab kemas rumah saya panggil orang gaji upahan.
“Selalunya isteri yang berleter tentang suami, kali ini suami pula. Lucu,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube