CEPAT atau lambat, setiap perbuatan buruk pasti akan mendapat balasannya.
Sebagai contoh, kita mungkin tidak sedar kritikan atau penghinaan yang ditujukan kepada seseorang pada akhirnya berbalik kepada diri sendiri.
Demikian juga dengan situasi yang dialami oleh seorang wanita ini yang pernah menjadi mangsa kutukan kenalannya gara-gara bergelar janda.
Jodoh, rezeki serta ajal adalah ketentuan Yang maha Esa. -Gambar hiasan
"Aku pernah kena hina, pernah kena kutuk sebab aku janda. Dia ajak kawan-kawan kutuk aku. Hina sangat ke janda? Kadang orang-orang yang dia ajak kutuk aku tu menyampai balik dekat aku.
"Aku cakap tak apa, Allah ada. Cepat betul kifarah tu berlaku. Masa dia hina aku tu dia belum kahwin.
"Sekarang dia dah kahwin dan dah jadi janda pun. Eh pandai pula bersedih," tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.
Dalam masa yang sama menurut wanita tersebut, dia juga sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan gelaran janda yang pernah dipegang sebelum ini tanpa disangka telah berpindah kepada individu yang mengutuknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Janda 2 anak dilamar abang ipar, rupanya dah lama pendam perasaan... Dilema hadap bekas suami di rumah mentua
ARTIKEL BERKAITAN: Tak padan sakit ‘slip disc’, suami usung janda balik rumah... Bangga mengaku depan kaunselor 2 kali berzina!
"Tapi aku tak ada lah nak cakap padan muka ke apa. Sebab aku pun tak tahu masa akan datang apa akan jadi," tulisnya.
Sekadar meluah di media sosial, wanita itu berkata perkongsiannya hanya bertujuan untuk mengingatkan orang lain agar jangan sesekali menghina atau merendah-rendahkan orang lain.
"Cuma moral daripada cerita ni, jangan hina kisah silam orang... takut jadi masa depan awak pula.
Saya pun ada seorang tu panggil saya gila, sekarang ni dia dalam penjara, kes edar dadah. Sekarang siapa yang gila?
NETIZEN
"Jangan apabila musibah kena dekat orang, kita happy jadikan bahan nak mengutuk. Apabila musibah kena awak, awak anggap tu ujian daripada Allah.
"Boleh jadi musibah tu berlaku sebab mulut sendiri juga," akhirinya.
Di ruangan komen, warga maya turut bersetuju dengan perkongsian wanita berkenaan malah ramai yang menceritakan pengalaman hampir sama sepertinya.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Saya pun ada seorang tu panggil saya gila, sekarang ni dia dalam penjara, kes edar dadah. Sekarang siapa yang gila?
"Ada seorang ni mengata saya lambat dapat anak padahal duduk sekali dengan husband. Kawan sepejabat kahwin sama tarikh dengan saya dapat anak dulu walau PJJ. Kemudian selepas setahun ke dua tahun, anak dia kahwin... pun tak dapat anak lagi.
"Ada makcik tu cakap saya dah pregnant dulu sebelum nikah. Padahal anak dia yang berderet bagi cucu macam tu. Rasakan!" demikian antara komen netizen.