PEMPENGARUH media sosial, Zhiddin Aziz meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya berurusan dengan polis Indonesia.
Menurut Zhiddin, empat anggota duduk bersamanya untuk mendengar laporan mengenai kes kehilangan barangnya yang berlaku di Bandung, tahun lalu.
"Saudara, betul ke polis Indonesia perasuah? Dengar pengalaman saya. Tahun lepas di Bandung, saya buat laporan polis, ada barang hilang.
Zhiddin berkata dia diingatkan polis Indonesia agar menghasilkan video yang bermanfaat.
"Ada seorang anggota datang tanya, polis itu tarik kerusi duduk bersama saya. Tak lama kemudian, empat orang polis lain duduk mendengar laporan saya.
"Daripada situ saya fikir, di Indonesia keselamatan kita pasti terjaga. Barang hilang sampai empat orang ambil tahu. Kalau orang hilang, mungkin 10 ke 20 orang polis membantu," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai tujuan kehadirannya, anak bekas personaliti televisyen Allahyarham Aziz Desa itu berkata dia merupakan pencipta kandungan.
Siapa yang kata polis Indonesia ambil rasuah, saya tidak setuju... polis Indonesia cemerlang, polis Malaysia terbilang.
ZHIDDIN AZIZ
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
Dalam pertemuan itu, dia turut diingatkan oleh anggota polis Indonesia agar menghasilkan kandungan video yang bermanfaat.
"Ada polis tanya aktiviti saya. Saya jawab cari ilham habiskan novel, buat video cerita keindahan Indonesia, sebab saya mahu tamatkan sengketa Malaysia-Indonesia.
"Kemudian ada polis ingatkan, buat video biar bermanfaat. Dalam hati, jangan risau pak. Saya ini pencipta kandungan, tahu batasnya," imbas Zhiddin.
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Malaysia hilang dalam hutan di Bandung ketika aktiviti paranormal, usaha mencari giat dijalankan
ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Nazhan kesal dituduh sengaja rancang ‘content’ murahan ‘influencer’ hilang di hutan Bandung! - “Sekarang ni Eyka dah stres...”
Tambahnya lagi, dia juga tahu implikasi undang-undang sekiranya membuat kandungan yang boleh mencetuskan kekecohan di negara orang.
Pada akhir video, Zhiddin turut menyampaikan pesanan tentang amalan rasuah yang didakwa berlaku dalam kalangan anggota keselamatan.
"Saya tahu kalau buat content palsu sampai timbul kekecohan, sampai masuk berita, balik Malaysia saya boleh kena dakwa Akta 574 Seksyen 505, dua tahun penjara. Akta Komunikasi & Multimedia 1998, Seksyen 223, RM50,000 dan penjara.
"Jadi video ini saya nak simpulkan siapa yang kata polis Indonesia ambil rasuah, saya tidak setuju. Polis Indonesia cemerlang, polis Malaysia terbilang.
Nama Ammar Nazhan dan Eyka kecoh menjadi bualan susulan kontroversi yang berlaku di Indonesia.
"Yang mana kata ada juga yang ambil rasuah tu, itu bukan polis, itu musang berbulu ayam. Ingat, kalau seorang buat kesalahan, jangan sampai seluruh pasukan dipersalahkan," ujarya.
Video yang dimuat naik Zhiddin mencuri perhatian ramai memandangkan kecoh ketika ini kisah seorang personaliti media sosial Malaysia yang memalsukan kehilangan ahli pasukannya di Indonesia.
"Tolong ulas isu tema menyusahkan orang tu. Kerajaan Indonesia patut ambil tindakan sewajarnya.
"Saya teringat ada seorang tu main-main hilang. Kena hentam dengan akta baru sedar kot.
"Kurang ajar geng Ammar Nazhan prank polis Indonesia," tulis beberapa netizen.