suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki koma terkena peluru sesat! Tembakan rai majlis kahwin bertukar tragedi

Mangsa didukung dan segera dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. -Foto NDTV

KEMERIAHAN sebuah majlis perkahwinan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera parah akibat terkena tembakan pada rahang.

Insiden di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India itu berlaku ketika satu perarakan pengantin melalui sebuah lorong sempit di kawasan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang remaja lelaki, Robin Verma, 16, melepaskan beberapa das tembakan ke udara menggunakan pistol berlesen milik bapanya sebagai tanda 'meraikan' majlis tersebut.

Namun, tindakan berbahaya itu mengundang padah apabila salah satu peluru tersasar dan mengenai rahang seorang kanak-kanak lelaki, Riyansh Soni, yang ketika itu berada di sebuah bangunan berhampiran lorong berkenaan.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurut laporan, Riyansh kini bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan koma. -Agensi

Artikel Lain