Pekerja berhak menerima gaji yang setimpal mengikut kelayakan dan kemampuan mereka. -Gambar hiasan AI
RAMAI individu mengabdikan diri bertahun-tahun membina kerjaya dengan harapan usaha yang dilakukan akan membuahkan hasil setimpal.Namun, tidak semua orang menikmati perkembangan kerjaya seperti yang diharapkan, malah lebih teruk nilai gaji mereka juga kekal berada di takuk lama. Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku?Menurut seorang pengguna media sosial, terdapat beberapa faktor menyebabkan perkembangan kerjaya seseorang terbantut.Pekerja perlu memastikan pihak atasan atau majikan tahu mengenai sumbangan mereka dalam organisasi.-Gambar hiasan AI1. Melakukan tugasan sama berulang kaliPengalaman bekerja selama bertahun-tahun sememangnya boleh membantu seseorang menjadi lebih mahir dalam bidang diceburi.Bagaimanapun, tempoh perkhidmatan yang panjang tidak semestinya mencerminkan perkembangan dari segi kemahiran atau sumbangan kepada organisasi.Jika seseorang terus melakukan tugasan sama tanpa mempelajari perkara baharu atau mengambil tanggungjawab tambahan, perkembangan kerjayanya mungkin menjadi perlahan.Oleh itu, pekerja perlu mengambil peluang untuk mengembangkan skop tugas, mempelajari kemahiran baharu dan mencabar diri dengan tanggungjawab yang lebih besar.2. Terlalu fokus menyiapkan tugasanMenyiapkan tugasan yang diberikan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab setiap pekerja.Namun, terdapat perbezaan antara sekadar menyelesaikan kerja dengan mencari jalan untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu proses.Sebagai contoh, pekerja bukan sahaja perlu memastikan tugasan disiapkan mengikut tempoh ditetapkan, malah boleh mencadangkan kaedah yang lebih pantas, mengurangkan kesilapan atau meningkatkan produktiviti pasukan.Keupayaan menghasilkan penambahbaikan seperti ini dapat menunjukkan nilai tambahan yang mampu diberikan kepada organisasi.Gaji rendah boleh menyebabkan seseorang hilang motivasi untuk bekerja. -Gambar hiasan AI3. Sumbangan tidak diketahui pihak pengurusanAda pekerja yang memberikan hasil kerja berkualiti, tetapi sumbangan mereka kurang mendapat perhatian pihak yang membuat keputusan berkaitan kenaikan pangkat atau perkembangan kerjaya.Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang hanya menumpukan perhatian kepada tugasan harian tanpa mendokumentasikan pencapaian atau berkongsi hasil kerja dengan pihak berkaitan.Justeru, pekerja perlu belajar menyampaikan pencapaian secara profesional, termasuk menjelaskan masalah yang berjaya diselesaikan, sasaran yang dicapai dan penambahbaikan yang telah dilakukan.4. Kemahiran tidak berkembang mengikut perubahan industriDunia pekerjaan sentiasa berubah seiring perkembangan teknologi, kaedah kerja dan keperluan industri.Kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan tugas beberapa tahun lalu mungkin tidak lagi memadai untuk memenuhi tuntutan semasa.Jika seseorang tidak lagi berusaha mempelajari perkara baharu, jurang kemahiran boleh semakin ketara dan menjejaskan peluang untuk berkembang.Oleh itu, pekerja perlu meluangkan masa meningkatkan pengetahuan, mempelajari penggunaan teknologi terkini dan memperkukuh kemahiran seperti komunikasi, penyelesaian masalah serta membuat keputusan.