RAMAI individu pernah mengalami kejadian mistik di rumah, asrama atau tempat kerja sehingga menimbulkan rasa seram dan sukar dilupakan.Namun, jarang sekali kita mendengar kisah-kisah mistik di lokasi yang jauh dan agak terasing seperti pelantar minyak di tengah-tengah lautan. Menurut seorang wanita, dia pernah terdengar suara aneh ketika menghubungi suaminya yang sedang bertugas di sebuah pelantar minyak."Ketika sedang membuat panggilan dengan suami, tiba-tiba saya terdengar suara mengilai. Saya ingatkan ada staf perempuan di situ."Suami cakap memang ada staf perempuan, tetapi semuanya sudah berada dalam bilik masing-masing yang terletak jauh dari bilik lelaki. "Jadi, memang tak logik kalau tu suara staf perempuan," ujar wanita itu.Selepas mengadu tentang suara pelik yang didengari, wanita itu berkata suaminya kemudian terus membuka cerita tentang beberapa kejadian pelik di tempat kerjanya.Banyak lagi misteri di lautan yang belum diterokai manusia. -Gambar hiasan AI"Apabila saya beritahu dengar suara mengilai berkali-kali, barulah dia bercerita. Dia kata pelantar minyak pun ada hantu dan kebanyakannya orang pernah terserempak dengan pontianak. "Suami saya pernah cerita juga, dalam bilik mereka ada tingkap kecil. Di luar tingkap itu pula tiada koridor, jadi memang tiada orang boleh berdiri atau lalu-lalang di situ."Namun, pada suatu hari, dia terpandang ke arah tingkap itu dan nampak ada sesuatu sedang mengintainya. Maksudnya, 'benda' itu terapunglah," kongsi wanita itu lagi.Topik mengenai kejadian mistik di pelantar minyak itu turut mengundang pelbagai lagi komen netizen."Saya pernah dengar cerita. Orang kata hantu-hantu di pelantar minyak ini jauh lebih menakutkan berbanding yang di darat."Lautan ini lagi menyeramkan daripada hutan. Sesiapa yang ada ilmu laut ini, dia dianggap hebat. Lautan ini misteri dan dahsyat."Adik bongsu saya kerja di pelantar. Ada hantu yang menyerupai kawan sendiri. Macam-macamlah," kongsi netizen lagi.