suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pantulan lambat 3 saat... Pemuda meremang tengok bayang sendiri senyum bertaring dalam cermin antik, wajah penuh darah!

Setiap barangan antik pastinya mempunyai sejarah tersendiri. -Gambar hiasan AI

BARANGAN antik sememangnya mempunyai sejarah tersendiri, namun ia mungkin menyimpan 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Perkara itu berlaku kepada seorang pemuda bernama Amir selepas dia membeli cermin antik daripada sebuah kedai barangan lama.

Pada awalnya, Amir tidak mengalami apa-apa kejadian pelik dan dia meletakkan cermin tersebut di ruang tamu rumahnya.

Beberapa hari kemudian, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila pantulan pada cermin itu bergerak perlahan kira-kira dua hingga tiga saat berbanding pergerakan fizikalnya sendiri.

Amir yang berasa agak pelik bagaimanapun cuba menyedapkan hati dan menganggap ia cuma kesan cermin lama yang sudah kusam serta perlu digilap.

Sangkaannya ternyata meleset apabila seminggu kemudian, Amir mula diganggu mimpi aneh dan sering terjaga dari tidur dengan keadaan seluruh badan terasa sengal dan sakit walaupun dia seorang yang cergas.

Hendak dijadikan cerita, Amir yang tinggal seorang diri terjaga pada suatu malam apabila mendapati badannya berasa pedih seperti dicakar kuku yang sangat tajam.

Dalam keadaan ketakutan, Amir terus berlari keluar dari bilik, menyalakan semua lampu di ruang tamu dan menghidupkan televisyen supaya rumah itu tidak terlalu sunyi.

Namun ketika melintas di hadapan cermin antik itu, langkah Amir tiba-tiba terhenti apabila menyedari pantulan bayangnya langsung tidak bergerak mengikut pergerakan tubuhnya.

Segelintir individu meminati barangan antik kerana rekaannya yang klasik dan tinggi nilai sentimental. -Gambar hiasan AI

Lebih meremangkan bulu roma, wajah Amir ketika itu bagaikan tiada reaksi, tetapi pantulan dirinya dalam cermin itu kelihatan sedang tersenyum lebar dengan gigi bertaring.

Dia yang terkejut segera memalingkan muka, namun apabila kembali memandang ke arah cermin, wajahnya terus hilang daripada pantulan.

Belum sempat bernafas lega, Amir yang berkedip beberapa kali terkejut besar apabila melihat muka dalam pantulan cermin itu tiba-tiba dipenuhi lumuran darah.

Dia terus menyentuh mukanya, namun tiada sedikit pun darah yang kelihatan.

Amir yang panik terus keluar dari rumah dan turun ke lobi untuk mencari pengawal keselamatan sebelum menghubungi rakannya dan meminta bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan dari Tawau ke KL dikacau 2 lembaga hitam! Pramugari pengsan, 12 penumpang saksi kejadian menjerit ketakutan

ARTIKEL BERKAITAN: Bau hanyir, sudu berlaga dengan pinggan... Kelibat wanita ‘tumpang‘ di kedai makan buat pemuda pucat lesi - “Jangan tinggalkan saya!”

Atas bantuan rakannya, Amir menghubungi seorang ustaz untuk datang dan melihat sendiri cermin di kediamannya.

Selepas mendengar cerita Amir dan melihat cermin tersebut, ustaz itu menjalankan ikhtiar untuk menghilangkan gangguan yang berlaku.

Ustaz itu turut membantu Amir untuk membuang cermin berhantu berkenaan di satu lokasi berdekatan rumahnya.

Ustaz itu menasihati Amir supaya lebih berhati-hati apabila membeli barangan antik kerana kita tidak pernah tahu sejarah barang tersebut atau apa yang pernah berlaku kepada pemiliknya.

Sejak peristiwa hitam itu, Amir tidak lagi mengalami gangguan dan dia kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagaimanapun, pengalaman mistik yang mendebarkan itu benar-benar mematikan minat Amir terhadap barangan antik kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Artikel Lain