NIAT asal cuma mahu mengisi perut sebelum pulang, namun pengalaman makan di sebuah kedai pada lewat malam bertukar menjadi kejadian yang membuatkan seorang lelaki serik dan trauma. Menurut lelaki bernama Amir (bukan nama sebenar), ketika itu kedai sudah kosong dan memang tiada pelanggan berada di situ. Dia memilih meja di bahagian belakang sebelum mula menikmati hidangan yang dipesan.Tidak lama selepas itu, dia menyedari ada seorang wanita duduk seorang diri di meja berhampiran dengan kepala tertunduk dan rambut panjang menutupi wajah.Amir berasa hairan kerana sepanjang berada di situ, dia tidak pernah melihat wanita berkenaan mengangkat muka ketika menikmati makanan.Lebih mengganggu apabila lelaki tersebut mula terhidu bau busuk dan hanyir yang datang dari arah meja wanita berkenaan.Dia cuba mengabaikannya, namun ketika sedang menyuap makanan, Amir tiba-tiba terdengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan dari meja wanita itu, diikuti bunyi seperti seseorang sedang mengunyah dengan kuat.Amir menoleh dan mendapati wanita tersebut masih dalam keadaan sama, cuma kali ini kepalanya kelihatan senget ke satu arah.Rasa sedikit hairan dengan keadaan wanita itu, Amir terus mengalihkan pandangan dan mempercepatkan makan sebelum meminta bil.Ketika bangun untuk membayar, dia sempat bertanya kepada pekerja kedai mengenai wanita tersebut."Bang, perempuan yang duduk belakang tu memang selalu makan sini ke?" ujar lelaki itu dengan penuh rasa ingin tahu.Namun pekerja berkenaan terus berubah wajah sebelum bertanya semula.Baca doa memohon perlindungan daripada Allah sekiranya terdapat perkara aneh berlaku dalam rumah. -Gambar hiasan AI"Perempuan mana? Abang je ada makan dekat sini daripada tadi. Mana ada orang lain dah," jawab pelayan itu.Amir mula berasa seram dan ketika menoleh semula, wanita tersebut memang sudah tiada.Bagaimanapun, pinggan di atas meja masih ada dan lebih mengerikan, makanan di dalamnya kelihatan bercampur sesuatu seperti darah.Pekerja kedai kemudian memberitahu bahawa beberapa tahun lalu, seorang wanita pernah meninggal dunia ketika sedang makan di kedai tersebut.Sejak kejadian itu, pekerja sering mendengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan, kerusi ditarik sendiri dan sesekali terhidu bau hanyir yang kuat terutama selepas tengah malam.Apa yang berlaku kepada Amir juga dikatakan bukan pertama kali kerana beberapa pelanggan lain pernah mendakwa melihat kelibat wanita sama duduk di meja tersebut.Namun ketika Amir hendak melangkah keluar, dia terdengar bunyi suara perempuan berbisik dari belakang."Jangan tinggalkan saya..."Dia terus kaku sebelum memberanikan diri menoleh namun meja itu masih kosong.Tetapi kerusi yang sebelum ini diduduki wanita berkenaan bergerak perlahan-lahan sendiri, seolah-olah seseorang baru sahaja bangun daripadanya.Di atas tempat duduk pula terdapat beberapa helai rambut panjang yang masih basah, manakala titisan cecair merah kelihatan menitis dari bawah meja hingga ke lantai.Amir terus keluar tanpa menoleh lagi.Sejak malam kejadian itu, dia mengakui serik dan tidak pernah kembali ke kedai berkenaan.Sampai sekarang dia masih teringat perkara paling mengerikan iaitu bau hanyir seperti bangkai itu masih melekat pada bajunya ketika dia sampai di rumah walaupun sudah tidak berada di kedai tersebut.Amir mula rasa seperti ada 'entiti' mengikutnya pulang ke rumah, lalu dia segera membaca doa perlindungan sebaik sahaja tiba di rumah.Sejak kejadian itu, Amir lebih berhati-hati dan tidak lagi lupa membaca doa perlindungan setiap kali masuk ke kedai makan, terutama apabila keluar seorang diri pada waktu malam.