SEJAK dahulu lagi, menjadi kepantangan kanak-kanak berkeliaran di luar rumah menjelang Maghrib yang dikatakan waktu makhluk halus berkeliaran.Namun bagi seorang ibu, pengalaman dilaluinya berlaku pada sebelah pagi ketika membawa tiga orang anaknya ke sebuah taman permainan berhampiran rumah mereka. Ceritanya wanita itu, pada awalnya tiada sebarang perkara pelik berlaku sehinggalah mereka pulang ke rumah."Aku ajak semua anak-anak balik. Masa nak masuk kereta, aku tunggu dekat pintu belakang sambil buat head count. "Abang sulung masuk, adik paling kecil pun dah. Tinggal lagi seorang, anak nombor dua iaitu Amani. Aku nampak dia berjalan perlahan ke arah kereta sambil seret kasut."Cepat masuk kereta! Dia cuma sengih pandang aku. Dia ada genggam ranting kayu kecil, tapi aku tak fikir apa-apa. Biasalah budak-budak suka kutip macam-macam dekat taman," ceritanya.Kita perlu istighfar dan baca doa perlindungan sekiranya berdepan sebarang unsur mistik. -Gambar hiasan AISelepas yakin semuanya lengkap, dia terus memandu pulang ke rumah yang hanya terletak kira-kira lapan hingga 10 minit dari taman permainan. Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di rumah, dia terkejut apabila Amani muncul dari arah belakang dalam keadaan tercungap-cungap ke arahnya sambil menangis.Seluar dipakainya pula koyak di bahagian lutut selain kakinya berdarah akibat terjatuh ketika mengejar kereta dipandunya."Aku terus keluar dan peluk dia. Dalam kepala masa itu cuma rasa bersalah sebab tertinggal anak sendiri. Aku tak cerita dekat anak-anak yang aku rasa macam ada 'dua' Amani hari itu."Biar aku seorang saja yang tanggung rasa seram itu. Aku takut mereka trauma dan tak mahu lagi pergi ke taman permainan," ujarnya.Bercerita lanjut, anaknya memberitahu melihat mereka berlalu pergi kerana mengikut seorang kanak-kanak perempuan yang memanggilnya."Dia ikut budak itu ke sebuah belakang pokok besar tapi tiba-tiba 'budak' itu hilang. Amani ingat kami sengaja tinggalkan dia," imbasnya.Kebanyakan wanita akan mengadu setiap masalah berlaku kepada pasangan. -Gambar hiasan AITidak sedap hati dengan apa yang berlaku, wanita itu membuka pintu belakang kereta dan mendapati tiada sesiapa di belakang.Bagaimanapun ranting kayu yang dikutip 'Amani' berada di tempat duduk belakang kereta."Masuk je dalam rumah, aku terus hubungi suami dan ceritakan semuanya. Sampai ke petang aku langsung tak tenteram, asyik tengok jam tunggu suami balik kerja."Kalau Amani sebenar berada di belakang pokok ketika itu... sampai sekarang aku masih tak tahu siapa yang ikut naik kereta bersama kami hari itu," katanya mengakhiri cerita.Sejak kejadian itu, wanita berkenaan tidak lagi mengambil mudah soal keselamatan anak-anak, tanpa mengira waktu serta mengamalkan ayat Kursi setiap kali hendak keluar rumah.Bukan sekadar membuat kiraan, malah dia akan menyentuh setiap anak seorang demi seorang sambil bertanya nama mereka bagi memastikan mereka benar-benar berada di sisinya.