BUNYI hentakan besi dari tapak pembinaan sebuah kondominium 27 tingkat tiba-tiba terhenti apabila seorang buruh menemukan objek aneh tertanam jauh di dalam tanah.Pada awalnya, objek berwarna hitam itu disangka kayu reput. Namun sebaik dibersihkan, Mikail dan Sufian tergamam melihat patung kecil menyerupai bentuk manusia dengan seluruh tubuhnya dipenuhi paku halus yang berkarat.Lebih menyeramkan, patung itu ditemukan betul-betul di bawah tapak asas menara utama yang bakal menempatkan ratusan unit kediaman.Menurut Mikail, kejadian berlaku ketika dia dan pekerja yang lain sedang menggali tanah bagi memasang tetulang asas bangunan.Ketika jengkaut mengalihkan timbunan tanah merah, mata pengautnya tiba-tiba tersangkut pada sesuatu yang keras.Patung yang dicucuk paku biasanya ditanam bagi tujuan sihir atau niat tertentu. -Gambar hiasan AIMenyangka ia sekadar serpihan kayu, Mikail turun ke dalam lubang untuk mengambil objek berkenaan menggunakan tangannya."Benda itu tertanam dalam keadaan berdiri. Bila saya tarik keluar, beratnya lain macam walaupun saiz cuma sebesar tapak tangan."Lepas dibersihkan, kami nampak ia seolah-olah bentuk kepala dan badan manusia. Hampir seluruh permukaannya dipenuhi paku halus yang sudah berkarat," ceritanya.Suasana yang pada awalnya riuh terus bertukar sunyi apabila salah seorang pekerja mendakwa terlihat sesuatu menyerupai rambut manusia melekat pada bahagian belakang patung berkenaan.Turut ditemukan bersama objek itu ialah cebisan kain hitam yang diikat menggunakan benang merah, selain sekeping kertas lusuh dengan tulisan yang sudah tidak dapat dibaca.Penyelia tapak kemudian mengarahkan semua pekerja berhenti menyentuh patung terbabit sementara menunggu pihak pengurusan menentukan tindakan selanjutnya.Gangguan berterusan kepada individu yang memegang patung tersebut. -Gambar hiasan AINamun, gangguan aneh didakwa mula berlaku sebaik sahaja patung itu dipindahkan dari lokasi asal.Pada petang sama, sebuah mesin penggaul simen dikatakan hidup dengan sendiri walaupun bekalan kuasanya sudah diputuskan.Beberapa buruh yang bekerja lebih masa pula mendakwa terdengar bunyi ketukan dari arah lubang tempat patung tersebut ditemukan."Bunyinya seperti orang mengetuk besi perlahan-lahan. Tiga kali, berhenti, kemudian berbunyi semula."Kami pergi periksa tetapi tiada sesiapa di situ. Semua pekerja sudah naik untuk berehat," ujar Mikail susulan mendengar perbualan rakan-rakan yang lain.ARTIKEL BERKAITAN: Umpama rezeki terpijak, pembeli flat lelong jumpa kalung emas berloket zamrud! Ingat bertuah, rupanya ada ‘penghuni’ cari tuan baharuARTIKEL BERKAITAN: Pegang mayat lelaki Siam tak pakai ‘glove’, pembantu patologi merana terkena ‘badi’... Enam bulan kurus kering, asyik nampak kelibat celah langsir!Menurutnya, gangguan semakin menakutkan apabila seorang pengawal keselamatan terlihat susuk hitam berdiri di dalam lubang pembinaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika membuat pemeriksaan lokasi pada sebelah malam.Susuk berkenaan dikatakan tidak bergerak selama beberapa minit sebelum hilang ketika pengawal terbabit mengalihkan pandangan ke skrin lain.Keesokan harinya, seorang buruh ditemukan pengsan berhampiran tetulang bangunan dengan beberapa kesan luka kecil pada kedua-dua tapak tangannya.Selepas sedar, lelaki itu hanya mengingati dia terdengar suara memanggil dari bawah tanah sebelum seluruh kawasan menjadi gelap.Keadaan itu mendorong pihak pengurusan mendapatkan bantuan seorang individu berpengetahuan agama untuk memeriksa tapak berkenaan.Mereka kemudian dinasihatkan supaya tidak memusnahkan atau membuang patung tersebut secara sembarangan kerana asal-usul dan tujuan ia ditanam masih belum diketahui.Patung terbabit disimpan dalam kotak kayu untuk diserahkan kepada individu yang mahir. -Gambar hiasan AILebih mengejutkan, ketika pekerja kembali ke tempat patung itu disimpan, objek tersebut sudah tiada.Kotak berkunci yang digunakan untuk menyimpannya masih berada dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan diumpil.Sejak kehilangan patung itu, gangguan dikatakan terus berlaku terutama selepas waktu Maghrib.Lebih menggerunkan apabila terdapat pekerja yang mendengar bunyi halus tangisan wanita dari tingkat yang masih belum dibina serta kelibat hitam di sekitar tapak asas.Menurut Mikail beberapa batang tiang yang baru didirikan turut dipenuhi kesan cakaran.Meskipun kerja pembinaan diteruskan seperti biasa, tiada pekerja sanggup turun bersendirian di sekitar kawasan patung tersebut ditemui.Malah Mikail sendiri mengakui dia sering diganggu mimpi aneh dan menakutkan sehingga membuatkan dia ingin berhenti kerja.