BAU bahan kimia yang menusuk hidung, deretan peralatan bedah tersusun rapi dan tubuh kaku terbujur di atas meja besi cukup menjadikan unit patologi forensik antara lokasi paling menggerunkan di hospital.Apatah lagi ketika tugasan perlu dilakukan pada waktu malam, saat kebanyakan ruang sudah sepi dan hanya bunyi pendingin hawa serta derapan kaki sendiri menemani petugas. Namun bagi seorang kakitangan yang dikenali sebagai Azim, satu tugasan bedah siasat sekitar 2009 bukan sahaja meninggalkan kenangan menyeramkan, malah turut mengubah kehidupannya.Kisah itu dikongsikan rakannya, Khairul Azwan di Threads bagi mengetengahkan cabaran petugas patologi yang dipercayai terkena ‘badi mayat’ ketika bertugas di sebuah hospital di Klang, Selangor.Menurut Khairul, pada waktu berkenaan Hospital Shah Alam masih belum siap sepenuhnya menyebabkan Azim ditugaskan mengendalikan bedah siasat satu mayat yang diserahkan pihak polis.Mayat lelaki warga Thailand itu dikatakan terbabit dalam kes samun bersenjata di Meru.Pada malam kejadian, Azim ditemani seorang pembantu kimia ketika menjalankan prosedur berkenaan di unit patologi forensik yang terletak paling hujung di hospital.Kegelisahan dialami disebabkan perasaan takut yang melampau. -Gambar hiasan AI"Mereka mulakan tugas seperti biasa sebab unit Patologi Forensik ni bilik paling hujung dan kes ini pula urgent, jadi kena selesaikan segera," ujarnya memulakan cerita.Bagaimanapun, rutin biasa itu bertukar aneh apabila mereka menemui sesuatu yang mencurigakan pada tubuh si mati.Di sebalik kulit mayat itu terdapat kesan cacahan tatu berbentuk mantera Siam, manakala ukiran serupa turut ditemukan di bahagian bawah lidahnya."Semasa jalankan bedah siasat, kes jadi pelik sebab dalam badan mayat tu ada dicacah tatu dan juga bawah lidah," tambahnya.Tanpa menyedari ‘bahaya’ yang bakal menimpa, pembantu kimia yang dikenali sebagai Kimi dikatakan menyentuh mayat itu tanpa menggunakan sarung tangan.Menurut Khairul, sentuhan singkat tersebut menjadi detik permulaan kepada gangguan panjang yang sukar dijelaskan.Tidak lama selepas kejadian, keadaan kesihatan Kimi mula merosot.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku masih di sini” - Misteri mimpi wanita menangis di bibir telaga terurai, pekerja tergamam jumpa rangka manusia disimen!ARTIKEL BERKAITAN: “Tiba-tiba pusing pandang CCTV” - Ibu meremang ‘kembar’ anak bergerak sendiri, igauan bermula lepas patung dibakar!Lebih menyedihkan, tubuhnya yang dahulu sihat menjadi lesu, manakala wajahnya semakin cengkung dan kulit yang putih bertukar kekuningan seolah-olah tidak cukup tidur.Paling mengejutkan apabila dia sentiasa meluahkan bahawa dia tidak pernah bersendirian."Kimi selalu mengadu ada orang dekat ruang tamu dan ada orang dekat tepi langsir," ujarnya mengimbau situasi yang menimpa pembantu kimia terbabit.Walaupun tiada sesiapa di lokasi yang ditunjukkan, kelibat seperti manusia dikatakan sering muncul di hujung pandangannya sebelum menghilang apabila ditoleh.Setiap kali berada di rumah, dia berasa seakan-akan ada ‘sesuatu’ berdiri memerhati dari celah langsir atau menunggu dalam diam di ruang tamu.Rawatan Siam membantu menghapuskan badi mayat daripada bangsa tersebut. -Gambar hiasan AIGangguan tersebut menyebabkan Kimi sentiasa gelisah dan hilang ketenangan. "Situasi berlarutan sehingga enam bulan seterusnya menyebabkan ahli keluarga Kimi terutama isterinya turut terkesan. Perasaan bimbang mendorong mereka mendapatkan rawatan di pelbagai tempat," tambahnya.Menurutnya, Kimi dibawa mendapatkan rawatan di pelbagai tempat, namun keadaan tubuhnya terus merosot sehingga menjadi terlalu kurus.Selepas segala ikhtiar dilakukan, dia akhirnya dibawa mendapatkan rawatan berkaitan amalan Siam sebagai jalan terakhir kerana kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan mantera yang ditemui pada tubuh si mati.Enam bulan kemudian, keadaan fizikalnya mula beransur pulih, tetapi kesan pengalaman tersebut tidak lenyap sepenuhnya.Selama hampir setahun, Kimi dikatakan kerap hilang semangat dan berasa gelisah tanpa sebab.Perwatakannya turut berubah menjadi pendiam sehingga enggan memandang mata orang lain ketika berbual.Dia juga semakin menjauhkan diri daripada majlis rasmi dan lebih banyak menghabiskan masa bersendirian di rumah.