suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tiba-tiba pusing pandang CCTV” - Ibu meremang ‘kembar’ anak bergerak sendiri, igauan bermula lepas patung dibakar!

Anak patung sinonim dengan kanak-kanak perempuan. -Gambar hiasan AI

ANAK patung sering kali menjadi teman rapat yang paling setia buat kanak-kanak, sehinggakan ada yang langsung tidak boleh berpisah walau sesaat pun.

Begitulah situasi yang berlaku kepada anak perempuan Riya Nisha yang baru berusia 18 bulan selepas menerima hadiah anak patung comel yang berada di atas stroller sejak awal tahun lalu.

Bagaimanapun, kegembiraan si kecil itu bertukar menjadi mimpi ngeri dan sukar dilupakan apabila anak kecilnya seolah-olah 'terikat' pada patung tersebut sehingga mengganggu rutin hariannya.

Suasana rumahnya juga mula bertukar seram dan sering diselubungi beberapa kejadian aneh selepas dia cuba memisahkan anak patung tersebut.

Memulakan cerita, ujar Riya, dia membeli anak patung itu di sebuah kedai serbaneka kerana melihat wajahnya hampir menyerupai anak perempuannya, Letchumy.

"Anak saya memang suka sangat. Dia anggap anak patung itu macam kembar dia dan sentiasa bawa ke mana-mana sahaja walaupun ketika mandi," katanya membuka cerita.

Dia yang pada awalnya gembira melihat 'keakraban' tersebut bagaimanapun mula berasa seram apabila terlihat patung tersebut seolah-olah bergerak di dalam katil kecil anaknya pada malam Jumaat minggu lalu.

Rakaman CCTV memaparkan anak patung tersebut bergerak dan memandang kamera. -Gambar hiasan AI

Rakaman CCTV memaparkan anak patung tersebut bergerak dan memandang kamera. -Gambar hiasan AI

Mengakui cuba menafikan insiden tersebut, dia bagaimanapun dikejutkan sekali lagi dengan gerakan patung tersebut yang dilihat jelas dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan dalam bilik anaknya.

"Sejak terlihat bayangan gerakan tu, saya pasang CCTV dalam bilik anak dan tanpa diduga semasa melihat rakaman pada petang Ahad, patung tersebut memang benar-benar bergerak ketika anak sedang tidur.

"Paling mengejutkan apabila patung tersebut tiba-tiba mengalihkan pandangan ke arah kamera sewaktu rakaman ditonton," tambahnya.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan Riya menyimpan anak patung tersebut di dalam stor rumahnya bagi memastikan apa yang berlaku hanyalah kebetulan.

Bagaimanapun tindakannya itu membuatkan anaknya bertukar menjadi agresif dan menangis berterusan sehingga menyebabkan suhu badan meningkat secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli murah waktu jualan lelong... Hidup wanita ini kacau-bilau gara-gara cermin terpakai, tak sangka berpuaka!

ARTIKEL BERKAITAN: “Suapan pertama terus nampak dia berbaju Jawa” - Hidup jurutera kilang musnah, jadi separuh gila ‘dikangkang’ wanita seberang

Dia yang bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya mengambil keputusan untuk mengembalikan semula patung tersebut.

"Letchumy kembali tenang lepas dapat patung kesayangan dia. Sejak dikembalikan, saya tidak lagi nampak insiden pelik berlaku," tambahnya yang mula menganggap insiden aneh berkenaan adalah kesilapan matanya.

Namun, ketenangan selama beberapa hari itu kembali berkecai apabila gangguan mistik itu mengejar mereka sehingga ke rumah ibunya pula.

Menurut Riya, ketika anak patung itu diletakkan di atas sebuah meja yang menghadap cermin besar, ahli keluarganya tiba-tiba terdengar satu suara misteri yang membuatkan bulu roma mereka meremang tegak.

Tambahan pula pada waktu itu, dia dan anaknya tiada di dalam rumah kerana sedang bermain di halaman luar.

"Adik-beradik saya sedang tengok televisyen, tiba-tiba mereka dengar suara panggil 'Amma'.

"Mereka terus tutup TV sebab nak pastikan betul atau tidak suara itu. Lepas itu terdengar pula suara panggil 'Mama'," ujarnya menjelaskan situasi yang berlaku.

Perasaan seram yang semakin memuncak memaksa mereka 'mengurung' anak patung itu di dalam bilik tetamu sebelum masing-masing masuk tidur dengan hati yang tidak tenang.

Mereka mendapatkan bantuan seorang ustaz bagi membantu menangani gangguan yang berlaku. -Gambar hiasan AI

Mereka mendapatkan bantuan seorang ustaz bagi membantu menangani gangguan yang berlaku. -Gambar hiasan AI

Susulan daripada rantaian kejadian mistik yang semakin melampau itu, suaminya mengambil keputusan nekad untuk membakar anak patung berkenaan pada keesokan harinya bagi menamatkan segala gangguan.

Tambahan pula, mereka sekeluarga berasa tidak sedap hati dengan kejadian yang berlaku.

Malangnya, jangkaan itu meleset apabila rumah mereka terus dihantui dengan pelbagai kejadian aneh, termasuklah pada malam pertama selepas patung itu hangus menjadi abu.

Mengimbau malam yang penuh misteri itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menceritakan adik iparnya tiba-tiba membuka pintu bilik dalam keadaan pucat dan cemas, lalu bertanya sekiranya mereka ada mendengar bunyi tangisan bayi.

"Padahal anak saya sedang tidur nyenyak di atas semasa suami pergi tengok," ujarnya.

Misteri tidak berakhir di situ. Pada malam berikutnya pula, giliran abang iparnya yang mendakwa telinganya jelas terdengar sayup-sayup suara tangisan anak kecil yang merintih di dalam kegelapan malam.

Enggan terus hidup dalam ketakutan, dia dan suaminya akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada seorang ustaz.

"Syukurlah dengan bantuan ustaz terbabit, semuanya kembali normal. Saya tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin ada penjelasan tertentu atau mungkin juga kebetulan," tambahnya.

Artikel Lain