BERMULA dengan sepinggan nasi yang dihidangkan oleh seorang rakan wanita yang baru dikenali, sikap happy-go-lucky Asyraf Mikail berubah secara tiba-tiba.Itulah detik hitam yang didakwa mengubah seluruh roda kehidupannya sehingga dia sanggup membenci keluarga sendiri, berhenti solat dan menyerahkan hampir semua wang gajinya kepada individu berkenaan. Namun pada pandangan mata kasar orang sekeliling, segala-galanya kelihatan normal seperti hubungan biasa antara rakan sepejabat.Berkongsi peristiwa hitam yang hampir menghancurkan jiwanya, Asyraf berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor sekitar tahun 2017."Selepas menamatkan latihan industri, aku terus diterima bekerja di kilang berkenaan dengan gaji yang agak lumayan. Masa tu memang aku menikmati kehidupan yang cukup selesa kerana masih tinggal bersama ibu bapa dan menggunakan kereta milik ayah."Pada masa sama aku sedang menyimpan wang bagi membeli rumah pertama," ujarnya berkongsi kisah itu di Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Beli murah waktu jualan lelong... Hidup wanita ini kacau-bilau gara-gara cermin terpakai, tak sangka berpuaka!Namun tanpa disangka, perkenalannya dengan dua pekerja wanita warga asing di kilang berkenaan menjadi titik permulaan kepada episod yang masih menghantui dirinya sehingga hari ini.Segalanya bermula apabila dia menaruh hati terhadap seorang pekerja wanita warga Filipina kerana tertarik dengan hasrat wanita itu untuk memeluk Islam.Bagaimanapun, setiap kali dia cuba mendekati wanita itu, seorang lagi rakan sekerjanya yang berasal dari Indonesia sentiasa berada di sisi sehingga segala perbualan seolah-olah dikawal wanita berkenaan.Menurutnya, keadaan itu berlarutan sehinggalah suatu hari dia dihidangkan sepinggan nasi yang dikatakan dimasak khas untuknya.Malah tanpa sebarang syak wasangka, dia terus menikmati makanan tersebut."Suapan pertama saja aku rasa itu masakan paling sedap yang pernah aku makan. Masa tengah makan, tiba-tiba aku nampak sekali imbas wajah dia dengan pakaian tradisional Jawa. Lepas hari itu, dalam kepala aku cuma ada dia," imbaunya lagi.Apa yang mengejutkan, sejak kejadian tersebut, seluruh kehidupannya berubah secara mendadak.Keadaannya semakin teruk apabila menjelang Maghrib. -Gambar hiasan AIWanita yang sebelum ini langsung tidak menarik perhatiannya tiba-tiba menjadi insan paling cantik di matanya sehingga fikirannya hanya tertumpu kepada individu berkenaan.Lebih mengejutkan, dia mendakwa hampir keseluruhan gajinya diberikan kepada wanita itu kononnya bagi membina rumah di kampung halaman.Dalam masa sama, dia mula mengabaikan kerja, meninggalkan solat serta hanya mahu menikmati masakan wanita tersebut sehingga sanggup menghempas bekal yang disediakan ibunya sendiri."Aku mula benci mak ayah sebab mereka kata aku kena sihir," ceritanya.Keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila dia mendakwa sanggup tinggal di dalam kereta berhampiran kilang selama hampir sebulan selepas berselisih faham dengan ibu bapanya yang mahu membawanya mendapatkan rawatan.Situasi yang semakin parah itu memaksa ahli keluarganya mula 'bertindak kasar' dengan menangkap, membawa pulang dan mengurungnya di dalam sebuah bilik.Malah kata Asyraf, sepanjang tempoh itu, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan bantuan beberapa individu yang mengamalkan rawatan Islam, namun dia masih gagal mengawal perasaan untuk bertemu wanita tersebut.Asyraf menjadi semakin tidak terkawal terutama menjelang waktu Maghrib.Rawatan perubatan Islam yang dijalani membantu memulihkan dirinya kepada asal. -Gambar hiasan AI"Aku menjadi semakin agresif sehingga pernah mengamuk, terbalikkan meja makan. Paling menyeramkan adalah aku cuba mencederakan kemaluan sendiri menggunakan sebilah pisau mainan ketika berada dalam keadaan tidak sedar," tambahnya.Masalah yang dialaminya berlarutan sehingga beberapa bulan sehingga membuatkan keluarganya membawa dia mendapatkan rawatan daripada seorang lelaki di Pattani, Thailand yang disyorkan oleh kenalan bapanya.Imbaunya, sebaik tiba di rumah individu berkenaan, dia mula berasa panas dan meremang sebelum dipaksa meminum beberapa bekas air yang sudah dibacakan ayat-ayat tertentu.Tidak lama kemudian, dia memuntahkan lendir berbuih yang berbau busuk selain mengalami cirit-birit sebelum keadaan dirinya semakin pulih."Dua hari kemudian aku dibawa semula. Masa itu aku dah tak ingat langsung dekat perempuan Indonesia tu dan badan pun rasa kembali ringan macam dulu," katanya yang mengakui pulih daripada sihir.Menurut Asyraf, selepas rawatan tersebut, dia akhirnya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.Namun malangnya, dia kehilangan pekerjaan kerana terlalu lama tidak hadir bekerja.Walau bagaimanapun, dia mengakui masih sesekali mengalami mimpi aneh, namun bersyukur kerana dirinya tidak lagi dibelenggu perasaan luar biasa terhadap wanita yang didakwanya menjadi punca episod hitam dalam hidupnya.