SEORANG wanita dikenali sebagai Ayu tidak menyangka hobi menyimpan bunga pemberian suami yang sudah kering akhirnya menjadi titik permulaan kepada siri pengalaman menyeramkan serta sukar dijelaskan dengan logik akal.Ayu mendakwa gangguan aneh lagi mistik mula berlaku ketika dia masih menetap di rumah lama. Segalanya bermula apabila dia kerap menyimpan jambangan bunga yang dihadiahkan suaminya untuk dijadikan hiasan di dalam almari bilik kerja suaminya.Pada awalnya semuanya kelihatan biasa, namun semakin lama suasana mula bertukar keras.Ayu menyedari kehadiran entiti halus apabila kerap mendengar bunyi misteri seperti seseorang sedang menaip di papan kekunci komputer dengan pantas, meskipun dia berseorangan di rumah.“Kadang-kadang bunyi macam orang tekan keyboard, laju… tapi masa tu memang saya seorang je di rumah,” katanya penuh seram.Hidup Ayu mula terganggu selepas menjadikan bunga kering sebagai hiasan. -Gambar hiasan AITidak cukup dengan itu, Ayu turut mendakwa pernah mendengar bunyi helaan nafas berat seperti suaminya sedang mendengus dari dalam bilik kerja, walaupun ketika itu lelaki berkenaan berada di pejabat.Lebih membingungkan, setiap kali dia cuba memberanikan diri menyiasat, bilik tersebut didapati kosong tanpa sebarang kelibat.Namun, apa yang menaikkan bulu roma, bunga kering yang disimpan menghasilkan bau kuat seolah-olah baru sahaja disentuh atau diramas.Enggan terus hidup dalam ketakutan, Ayu akhirnya mengambil keputusan berpindah ke rumah baharu.Menurutnya, semua bunga kering yang disimpan sebelum ini telah dibuang ke dalam tong sampah kerana sukar untuk dibawa bersama.Menariknya, sejak berpindah ke rumah baharu, Ayu mendakwa tiada lagi gangguan pelik berlaku.“Rumah sekarang memang tak ada benda pelik. Tiada bunyi aneh, tak ada bau bunga kering macam dulu,” katanya.Bagaimanapun, ketenangan itu tidak bertahan lama apabila satu petanda mistik kembali menyapa ketika Ayu mengemas barang lama di kediaman baharu.Dia menemui semula sebuah kotak hadiah konvokesyen disembunyikan di dalam beberapa lapisan kotak lain.Apa yang mengejutkan, sebaik sahaja penutup kotak dibuka, dia serta-merta terhidu bau bunga kering, sama persis seperti misteri di rumah lamanya.Lebih menakutkan, kuntuman bunga yang sudah lama dibuang ke dalam tong sampah sebelum ini, 'pulang' semula dan berada di dalam kotak berkenaan!