suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kecewa diminta buang solekan sebelum masuk dewan bersalin, MA perjelas sebab larangan berdasarkan perubatan

Larangan bersolek untuk wanita yang hendak bersalin difahamkan merupakan antara amalan lazim dilaksanakan di hospital kerajaan. -Gambar hiasan AI

DETIK menyambut kelahiran anak sememangnya waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap wanita selepas sembilan bulan mengandung.

Maka tidak hairan jika ramai bakal ibu akan cuba sebaik mungkin mempersiapkan diri termasuk memastikan tampil menarik ketika pertama kali mendakap bayi yang dilahirkan.

Antara perkara biasa dilakukan termasuklah mengenakan alat solek seperti bedak dan gincu

Bagaimanapun, seorang pengguna akaun Threads, itsajuyaa berkongsi tidak semua pusat perubatan membenarkan amalan tersebut khususnya bagi mereka yang memilih bersalin di hospital kerajaan.

"Kita dah bersiap cantik-cantik untuk masuk labour room sebab dah pecah ketuban. Pakai gincu, ingat nak bersalin dengan penuh gaya.

"Tapi jururawat datang, puan lipstick itu padam ya. Hahaha. Tak boleh melawa rupanya dalam labour room. Ingatkan nak jumpa baby sambil cantik sikit," tulisnya sambil berkongsi video penampilannya sebelum memasuki dewan bersalin.

Hantaran berkenaan menarik perhatian warganet khususnya golongan wanita yang rata-rata turut pernah berdepan situasi sama.

Sementara itu, menerusi hantaran berasingan mengenai isu tersebut, seorang pengguna Facebook yang bertugas sebagai pembantu perubatan Mohd Saharudin menjelaskan sebab di sebalik larangan solekan bagi ibu yang mahu bersalin.

Jelasnya, faktor utama pesakit tidak dibenarkan memakai alat solek kerana ia berpotensi mengganggu proses pemantauan serta keselamatan pesakit sepanjang tempoh bius dan pembedahan.

Dia turut memperincikan punca larangan bagi setiap alat solek lazim digunakan:

1. Gincu

Doktor bius dan jururawat perlu memantau warna asal bibir, muka, dan kuku pesakit.

Perubahan warna bibir menjadi kebiruan atau kulit kelihatan pucat boleh menandakan masalah kekurangan oksigen atau gangguan peredaran darah.

2. Alat mencantikkan kuku

Semasa proses bersalin, alat pulse oximeter akan dipasang pada jari pesakit.

Penggunaan pengilat kuku berwarna gelap, kuku tiruan, atau hiasan kuku boleh mengganggu fungsi alat tersebut sehingga menyebabkan bacaan tahap oksigen menjadi tidak tepat.

3. Bedak asas

Lapisan bedas asas atau foundation yang tebal boleh menyembunyikan simptom penting seperti kulit pucat, ruam, lebam, atau perubahan warna kulit lain yang amat diperlukan untuk penilaian kesihatan pesakit.

4. Produk kosmetik mudah terbakar

Sesetengah kosmetik, semburan rambut (hair spray), atau produk berasaskan alkohol berisiko meningkatkan bahaya kebakaran apabila peralatan pembedahan seperti electrocautery digunakan.

5. Alat solekan lain 

Alat solek seperti bulu mata palsu dan pelekat kosmetik berisiko tertanggal lalu mencemarkan kawasan pembedahan atau peralatan perubatan.

Artikel Lain