suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima sekeluarga termasuk 3 kanak-kanak maut keracunan makanan, polis syak mi jadi punca

Bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

TRAGEDI menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila lima beranak, termasuk tiga kanak-kanak berusia antara tiga hingga 11 tahun, ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka pada pagi Sabtu. 

Menurut polis, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian di sebuah kampung di Greater Noida, Uttar Pradesh, India, sebaik menerima laporan mengenai kejadian. 

Lima mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mahesh, 37; isterinya, Lalita, 35; serta tiga anak mereka iaitu Laddu, 11, Mishti, 7, dan Sakshat, 3.

Berdasarkan siasatan awal selepas mengambil keterangan ahli keluarga yang tinggal berhampiran dan jiran, pihak polis mengesyaki keracunan makanan menjadi punca selepas keluarga berkenaan dilaporkan menikmati mi pada malam sebelum kejadian.

Mayat kelima-lima mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi menjalani bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Siasatan lanjut terhadap kes berkenaan sedang dijalankan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain

Bersama rehatkan Nik Nazmi 3 bulan