suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada hasad dengki dalam Drama Band, Aepul Roza akui setiap ahli sama popular

Drama Band dianggotai oleh Padel (kiri), Faeez, Daus, Aepul, Adib dan Syahmir.

PENYANYI Aepul Roza tidak pernah menganggap namanya selaku vokalis Drama Band jauh lebih menyerlah berbanding ahli kumpulan yang lain. 

Bagi Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 38, kelompok peminat mengenali semua ahli kumpulan itu secara rapat dan mereka tahu kepentingan setiap anggota yang menjadi tulang belakang kumpulan sejak awal lagi. 

"Saya tak setuju kalau kata vokalis lebih popular. Orang yang betul-betul menyokong dan menghargai kami, kenal semua anggota. 

Aepul tetap mengutamakan tawaran bersama Drama Band. 

"Kalau jumpa peminat pun, mereka boleh tahu saiz kasut setiap seorang daripada kami. 

"Kami bukanlah sebuah kumpulan yang mementingkan vokalis lebih popular. Itu bukan satu isu yang perlu diperkatakan. Mereka yang sepatutnya kenal Drama Band secara rapat," katanya. 

Aepul ditemui ketika sidang media pelancaran konsert Malam Drama Manusia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu. 

Selain Aepul, Drama Band turut dianggotai oleh Daus selaku pemain bes, Adib (gitar), Padel (gitar), Faeez (dram) dan Omey (keyboard). 

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Band siap sedia keluar ‘gua’, buat lagu baharu tegur isu semasa... “Kami sedang memerhati” 

ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah minta jangan kaitkan imej rambut merah jambu dengan penghijrahan dalami Islam

Bercakap tentang perjalanan kerjaya dan tawaran persembahan, kata Aepul ahli lain tidak pernah ada hasad dengki meskipun dia tampil dengan lagu solo. 

Menurutnya, setiap anggota mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam menghidupkan nama Drama Band. 

"Kalau ada tawaran solo, saya akan bergerak solo. Tetapi selalunya saya akan bawa juga beberapa kawan lain untuk buat persembahan bersama. Dalam Drama Band ini agak unik, kami ada projek bersama dan saya ada projek solo. 

Asfan Shah & Manusia dan Drama Band bergabung dalam satu konsert. 

"Kawan-kawan saya bukanlah jenis dengki atau berkira. Memang selama ini Drama Band berjalan begitu. Cuma kalau ada tawaran bersama kumpulan saya akan utamakan," jelasnya. 

Bercakap tentang konsert yang bakal berlansung pada 15 Januari 2027, Aepul yakin sokongan peminat akan membuatkan acara itu berjalan lancar. 

"Ini bukanlah konsert pertama kami. Syukur sambutan setiap konsert menggalakkan. Berdasarkan maklum balas mereka mahu datang lagi," jelasnya. 

Konsert Malam Drama Manusia turut menampilkan kumpulan Asfan Shah & Manusia. Ia bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia