DEMI memberi fokus kepada kumpulan yang ditubuhkan sejak November 2025, penyanyi Asfan Shah sanggup mengetepikan tawaran menyanyi lagu-lagu tema drama televisyen (OST).Meskipun namanya sudah mendapat jolokan 'King of OST', namun bagi Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 42, keutamaannya kini adalah bersama Asfan Shah & Manusia serta penghasilan karya baharu mereka. "Setiap tahun mesti saya akan dapat tawaran OST, tapi tahun ini saya mahu beri ruang kepada kumpulan dahulu. Kalau saya teruskan projek OST, projek bersama kumpulan akan terganggu. Mestilah saya kena promosi lagu itu secara solo.Asfan mahu kembangkan kerjaya muzik bersama kumpulan. "Jadi tahun ini saya hanya menulis sahaja dan lepaskan kepada penyanyi lain. Tak mahu keluar lagu solo dan kumpulan sebab bimbang peminat akan keliru," katanya.Selain Asfan, kumpulan berkenaan juga dianggotai oleh Arash selaku pemain gitar, Adam (gitar), One (dram) dan Zack (bes).Bercakap tentang perjalanan bersama Asfan Shah & Manusia, penyanyi ini memberitahu ia merupakan langkah baharu selepas sekian lama bergerak solo.ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah minta jangan kaitkan imej rambut merah jambu dengan penghijrahan dalami Islam ARTIKEL BERKAITAN: Asfan Shah tak kisah pendapatan dibahagi lima dengan bandDalam masa sama, Asfan juga mahu menampilkan sisi berbeza dalam penghasilan muzik bersama sebuah kumpulan."Pendengar mungkin tahu saya dengan lagu-lagu galau atau jiwang. Dalam usia 42 tahun ini, saya mahu menampakkan sisi berbeza dan lebih matang dari segi susunan muzik," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Asfan Shah & Manusia akan bergabung bersama Drama Band dalam sebuah konsert Malam Drama Manusia yang dijadualkan berlangsung pada 15 Januari 2027 di Zepp, Kuala Lumpur.Dua kumpulan bergabung dalam konsert Malam Drama Manusia. Baginya, konsert berkenaan juga bakal menjadi medan untuk memperkenalkan konsep muzik bersama kumpulan."Mungkin nama kami masih belum dikenali meskipun setiap anggota sudah lama dalam industri muzik bersama kumpulan lain. Jadi kami rasa konsert ini akan jadi satu tempat untuk perkenalkan nama kami."Saya tidak pernah ada album rakaman, jadi dengan tertubuhnya kumpulan ini harap impian tersebut dapat dilaksanakan. Pada malam konsert itu nanti kami juga akan lancarkan lagu baharu," jelasnya.