PENYANYI dan komposer Asfan Shah percaya isu kewangan sering menjadi punca perbalahan dalam sesebuah kumpulan muzik.Menyedari perkara itu, Asfan, 42, berkata dia bersama kumpulannya iaitu Asfan Shah & Manusia, sudah melakukan perbincangan terperinci mengenai pembahagian keuntungan sebelum bersetuju untuk bergerak sebagai sebuah band. "Dalam apa jua perkara, kalau ada masalah kewangan memang habislah semua benda.Asfan sentiasa berbincang dengan anggota kumpulannya."Jadi perkara pertama yang kami buat adalah duduk berbincang dan terus jelaskan atas meja bagaimana pembahagian keuntungan dan segala perkara berkaitan."Bila semua sudah okey dan bersetuju, barulah kami teruskan. Alhamdulillah setakat ini tidak ada sebarang masalah," katanya kepada mStar.Menurut Asfan, walaupun ada pihak beranggapan dia terpaksa berkongsi pendapatan selepas bergerak dalam kumpulan namun perkara itu tidak menjadi isu baginya.ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan tak boleh bercakap, rupanya Asfan Shah terkena sihirARTIKEL BERKAITAN: Tak sedar menyanyi sampai panjat tiang, Asfan Shah tutup telinga netizen samakan seperti berukMalah, dia kini bersedia berkongsi rezeki bersama kumpulannya dalam apa jua tawaran persembahan yang diterima."Mungkin ada yang cakap, 'Asfan, rugi kau ada band. Dulu buat persembahan solo boleh dapat lebih banyak'."Tapi sekarang apa sahaja tawaran persembahan yang masuk, saya akan datang bersama band. Sejak tertubuhnya Asfan Shah & Manusia, memang itu keputusan yang saya buat. Saya sebenarnya mencari peluang untuk berkarya dengan lebih baik.ASFAN SHAHPENYANYI/ KOMPOSER"Insya-Allah apabila semua ada kefahaman mengenai perkara ini, semuanya akan jadi lebih mudah," ujarnya.Dalam pada itu, Asfan berkata penubuhan band tersebut bukan sekadar untuk mencuba sesuatu yang baharu, sebaliknya membuka ruang untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti."Saya sebenarnya mencari peluang untuk berkarya dengan lebih baik.Asfan & Manusia muncul dengan lagu berjudul Dusta."Bila berlima ini, akan keluar satu material yang lebih memuaskan hati. Lepas itu sama-sama boleh buat kerja, kira berat sama dipikul, ringan sama dijinjing," kongsinya.Asfan Shah & Manusia ditubuhkan pada penghujung tahun lalu dan turut dianggotai Adam dan Arash daripada kumpulan Treehill sebagai pemain gitar, Zack daripada New Boyz (bass) serta One daripada Sofazr (dram).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!